Saturday, February 15, 2014

A promise is made

Assalamualaikum dan ohayo~


Badan aku masih sengal-sengal ini. Sakit lepas habis fun run (merentas desa). Inilah akibatnya, dah lama tak lari, badan jadi shock. Lemak bergantungan pun kini berciciran secara tiba-tiba. Akibatnya, badan jadi sakit-sakit. On the bright side, aku berjaya dapat top 15 Perempuan bawah 18 tahun untuk fun run. Alhamdulillah (sambil urut-urut kaki)


Dan,
Hari itu jugak, last day untuk pengetua sekolah aku. Aku pelik betul, tahun aku nak periksa ada sahaja perubahan. Nanti ada pengetua baharu (cehh tatabahasa jaga itu) datang pula. So, aku pun bersalamanlah dengan pengetua.

"Cikgu, terima kasih cikgu."
Pengetua peluk aku. 

"Janji eh Aisyah, kamu kena dapat straight A's untuk SPM." Pengetua pandang aku. Berharap.

"In Sha Allah. Cikgu jangan lupakan saya." sengih. 

"Tak, saya tak lupakan Aisyah." 

From that day, 
A promise is made. 
Walau apapun janji tetap janji. "A promise is made anyway. Deal with it." 


Pengetua ini, adalah satu-satunya pengetua yang ingat nama aku. Orang putih kata, the one who remembers me by the name. Batch aku ini, dah 3 kali tukar pengetua kat sekolah. Dan semua pengetua itu berpindah tahun semasa aku ada peperiksaan besar, masa PMR dan yang ini SPM. Agak-agak, pengetua baharu ini, tahu nama aku ke? Garang ke? Lelaki ke perempuan?


Persoalan terbesar sekali,
Boleh ke aku tunai janji aku? 


*Buat sesiapa yang tak tahu atau tak sedar atau lupa ada SPM tahun ini. SPM 2014 dicepatkan pada 3 November 2014. Tetapi tarikh bergantung kepada pindaan  Lembaga yang menakutkan iaitu Lembaga Peperiksaan. Boleh rujuk google atau guru-guru yang berkenaan.*

6 comments:

  1. Replies
    1. In Sha Allah kak, doakan sekali tau supaya pandai mcm akak, hehehe

      Delete
  2. hamik kau 3 november kena :O Fuh teringat time periksa spm tahun lepas ~ terasa diriku ini tua kekeke

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...