Thursday, September 24, 2015

Mengorbankan Raya Hajiku

Assalamualaikum & salam ceria semua!

....Walaupun, dah lama tak menceriakan blog ni, dengan entri-entri hangats bercampur perencah-perencah ceria oleh jari-jari lincah aku atas keyboard. KINI, aku kembali walaupun seketika.

....Oh ya, dan komen-komen kalian saya masih simpan dalam pending. Hobi baru mungkin. 

^ Pesanan penaja ini boleh skip kalau bosan.


            Raya haji ini aku masih di Sarawak memandangkan universitiku yang gemilang hanya bagi satu hari sahaja cuti raya haji. Saya ulangi SATU HARI SAHAJA. Saya dengar budak sekolah cuti seminggu. Ambui ambui ambui. Dan, memandangkan sayang sangat-sangat kalau aku balik Semenanjung sehari je. Ish, mana cukup! Jadi, saya buat keputusan untuk stay je kat Sarawak.


Tika ini, raya haji ku terpaksa aku korbankan.
Minggu ini, bukan je lembu dikorbankan, katak pun dikorbankan! Katak ini kitaorang bedah dan study dia punya organ-organ dalaman. Lecturer bagi 2 option, sama ada ;

1) Frogging (term bagi aktiviti mencari katak)

2) Atau, beli.


        Tentunya, aku beli, Tak kose mak nak cari katak malam-malam (waktu katak paling aktif). Sebenarnya, saya nak sangat tunjuk katak-katak korban hari raya, tapi sebab katak tak beli lagi... dan lab pun hari Jumaat (hari kedua raya korban, so tak sempat nak tunjuk apa-apa gambar real).

Aku berharap dapat beli katak besar tapi lab mates aku semua tak nak katak besar.



Okay, kalau katak ceni skery.. 


          A LOT of things happen actually, that I wished I could share, but the limitations of time and Internet caused me to delay every idea and lead to zero updates. Tapi,akan ku cuba kupas apa yang aku ingat. Moga-moga dapat memberi manfaat walaupun sedikit.



Post ini macam tak bermanfaat sangat, luls.

So, untuk bagi post ini bermanfaat, aku bagitahu sedikit fakta menarik apa yang aku belajar tentang katak.


  1.  Katak akan bertukar warna jadi biru ketika hendak mengawan. (ceh, ini yang kau paling ingat)
  2.  Sesetengah katak jaga anak dia.
  3. Cara mudah nak tangkap katak? Cari pada waktu malam 8-11 malam dan suluh lampu kat mata katak, dia akan freeze. Gunalah tanganmu yang suci halus mulus whatever itu untuk kutip katak itu ye.
  4. Selalunya katak berwarna-warni ini, badan dia beracun.
  5. Katak ini orang Islam haram makan sebab dia hidup dua alam. 



Last but not least,

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA !"


Ikhlas dari,
Penulis yang jauh dari keluarga
dan kucing
dan comfort zone
dan masa lenggang
dan wifi yang laju
dan berhentilah mengeluh wahai manusia.


6 comments:

  1. Uish.. geli ngan katak. (•̃͡-̮•̃͡) huhu

    ReplyDelete
  2. 1 hari je? sekejapnyaaa. mmng pengorbanan sangat ni. wow nice info pasal katak tu. learn something new today :D

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Aidil Adha!

    Baru tahu yang katak akan bertukar biru kalau nak mengawan :O

    ReplyDelete
  4. ahahaha. good luck adik yang masih berada di alam kampus. akak pun sama terpaksa korban raya demi final presentation. haha.

    eh, adik ni degree ke diploma? ahaha. kalau diploma nak dah cuti la kan. ataupun tgh final exam sekarang ni? good luck. oldebes ;)

    ReplyDelete
  5. geliiiiii...huhuhu...anyway sabar ea..duk merantau mmg camtu^_^

    ReplyDelete
  6. jappp..u amik kos apa sekrg?ahaahhahahaa...jauhnya hidup di perantauan...kena main katak plak tuh!ahahahahhahahaa...........katak yg dijual kat kedai tuh katak org bela ke atau katak org makan..ahaahhaaha....jawab tau...

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)