Sunday, October 18, 2015

October favourite month of the year

Assalamualaikum and Salam Ceria!


                Aku suka sangat Oktober. Gadis Oktober. Oktober ialah bulan aku membesar. (aik?) Maksudnya, bulan aku genap 18 tahun. Dah 4 bulan 14 hari aku di Unimas, Kampus Timur. Macam-macam dah jadi, semua itu untuk mematangkan aku. Baik buruk yang datang, Allah bawakan 1001 hikmah untuk kita. #quoteoftheday


Final exam dah nak dekat, tapi aku lagi teruja nak balik.   Lagi 2 minggu lagi nak final exam, sama tarikh dengan hari first SPM (all the best for SPM #selingan). Keputusan Sem 1 mungkin nampak macam remeh, tak penting, mehmehmeh. Tapi, keputusan Sem 1 ni lah yang dia akan pilih untuk interview Medic Unimas (3.5 dan ke atas). Aku sebenarnya masih tengah fikir lagi. Sama ada aku betul-betul nak jadi doktor ataupun tak. Aku siap kabor ke mak aku yang kalau aku tiada jodoh dengan doktor, maknanya tiada jodoh lagi aku dengan Unimas sebab aku nak ambil bidang optometris.


Tapi itu pula halnya!

Kos optometris tak banyak kat university di Malaysia dah satu hal.
Lepasan asasi unimas tak boleh masuk IPTA lain.
Yang ketiga, pilihan yang tinggal hanyalah masuk IPTS.


                Keadaan ekonomi sekarang memang tak mengizinkan sangat untuk aku masuk ke IPTS. Lagipun next year mungkin aku akan masuk degree serentak dengan abang-abang aku. 



Jadi –
Aku buat keputusan untuk buat je yang terbaik!
Biar Allah saja tentukan ke mana aku selepas ini.

If you ever come to Sarawak, have a taste of Ais Krim Gula Apong.
Gambar ini gambar dari google je LOL.


                Apapun, aku nak cakap, Oktober bulan yang manis untuk aku (harap-harap sampai hujung bulanlah berkekalan manisnya). Dari selesainya masalah ke hal usrah ke kejutan dan ucapan birthday. Harap-harap Allah bagi Oktober ni yang indah-indah saja please. Ehehe.



P/s : Tengah tiada suara~



Sabar eh belog,
bulan 11 aku update puas-puas ek.


All the best for exam guys ;)

12 comments:

  1. buat pilihan terbaikk...kalau bole and ada peluang jadilah doktor!!!!!!ramai org tak berpeluang jd doktor atau amik kos medic..ketika ada peluang rebut lah peluang ini dan guna sebaik2nya......aishhhhh..saya dulu nak kos medic tapi tak dpt dan kesudahanya melencong ke bidang lain...All the best!saya doakan yg terbaik utk anda.....

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap aiskrim tuh..kat srawak jer ke ade?..hehe

    ReplyDelete
  3. Tak tahu bila birthday nya, but happy birthday ya. May Allah bless :)

    ReplyDelete
  4. best of luck sis!
    moga dipermudahkan segala 'tangga' untuk berjaya...

    ReplyDelete
  5. Lissa pun suka Oktober, dan kita sama-sama "Gadis Oktober" .hehehe :D

    ReplyDelete
  6. semoga berjaya,saya pun lahir bulan 10 jugak :-)

    ReplyDelete
  7. woah.. susah juga ye. apapun semoga dapat buat pilihan yg terbaik! :)

    ReplyDelete
  8. Hai kakak . Hehehe . Meh singgah . Dah update . Fewwwwhhh ~
    http://misseidakun.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. Ais Krim Gula Apong? Wahhh haha serious first time dengar ni :')

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)