Friday, January 27, 2017

Sabar atau Syukur? Mana lagi susah?

Assalamualaikum & salam cerios!





             Hari Jumaat yang mulia ni, dan kebetulan aku kat rumah dengan kelajuan WiFi - nikmat yang sering dirindui dah kembali, aku nak tanya pada semua. Sabar ke syukur lagi susah? Haa jawab-jawab.


             Ada satu malam ini, aku pergi usrah. Dan akak usrah aku tengah cerita sesuatu tapi sesuatu  itu apa  aku dah lupa. Dan dia tanya kat semua, "Okay, rasa-rasa sabar lagi susah ke atau syukur?"


Pastu aku dengan konfidennya aku jawab, "SABAR". Yela aku teringat betapa susahnya aku nak bersabar - terutamanya time marah. Ataupun betapa susahnya aku nak sabar kalau kena tunggu someone ataupun kapal terbang.


Dan akak usrah aku pun kata, "SALAH!" ← ceh, takdelah.
Dan akak usrah aku pun kata, "Sebenarnya, yang lagi susah ialah syukur."



              Berapa ramai orang kat sini yang bersyukur, tangan dia masih lagi boleh bergerak, hidung masih boleh bernafas, mata masih boleh melihat. Siapa yang kat sini mensyukuri setiap benda kecik yang Allah kurniakan yang masih berfungsi dengan baik? Siapa? 



Tiap hari dalam hidup kita, ada sesuatu yang kita patut syukuri. 


Let's start counting our blessings instead of our sufferings.

Dan! Setiap baik & buruk yang berlaku itu mesti ada kebaikan pada akhirnya. 
Problem yang kita ada hari ini, mungkin akan menguntungkan kita pada hari esok. Syukur syukur selalu!




Pen off - Last Jumaat Januari 2017

5 comments:

  1. Hakikatnya dua2 perkara kita selalu lupa. Time marah lupa nak sabar. Nikmat yg ada lupa nak syukur.

    Sebab tu kita kena saling mengingati. Thanks for the reminder :)

    ReplyDelete
  2. syukur2 selalu. :D
    memang susah bersyukur nie, sebab kekadang manusia lebih suka mengeluh dari bersyukur dengan nikmat yg ada.

    ReplyDelete
  3. kalau sekali pandang memang dua2 susah.. tapi hakikatnya bersyukur lagi susah :D


    http://www.syahirahvaliant.com/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete
  4. Kadang2 kita tak sedar pun yang kita terlupa nak bersyukur kan? Thanks for the reminder!

    ReplyDelete
  5. Hehe betul! Kita cuma perasan time kita susah. Tapi bila senang pun belum tentu kita bersyukur. Let's start counting our blessings <3

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...