Wednesday, September 27, 2017

Jerawat - Perlu ke ambil ringan?

Assalamualaikum & Salam cerioss!


            Dah masuk year 2 ini, MasyaAllah nak jeling tajuk drama pun tak sempat. Betulah, orang kata, tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa. Rasa nak pinjam je balik masa waktu cuti dulu untuk tampung masa sibuk sekarang ini, tapi hakikatnya ianya impossible.


Jerawat?
Kalau ikut psychosocial impact (impak kepada psikologilah kiranya), mungkin boleh menyebabkan kurang konfiden, rasa malu nak jumpa kawan-kawan, takut orang lain rasa geli dan lain-lain.


Tapi rupanya jerawat pun boleh membawa maut.
Jangan berkerut dulu dahi itu, memang betul. Ada potensi jerawat ini boleh membawa maut dalam keadaan tertentu. Di bawah ini, saya akan cuba rungkaikan seringkas mungkin supaya harap-harapnya readers dapat faham apa yang saya akan sampaikan.

Selain daripada segi tiga nasi lemak dan freemason, ini dia :

Kalau ada jerawat yang tumbuh kat kawasan ini, tolong ambik perhatian lebih sikit. Letaklah ubat jerawat ke dan jangan picit jerawat itu atau cuba buatkan infection jadi lebih teruk.


Kenapa dikira sebagai kawasan bahaya? 



Haa kalau nak hafal pun boleh, baru dapat merasai apa yang medical students rasai betul tak?

Secara ringkasnya, bila ada infection (jerawat) berlaku kat atas kawasan hidung dan bahagian atas bibir, infection itu boleh merebak melalui veins yang ada tak jauh dari permukaan muka, dan boleh berkumpul kat bahagian cavernous sinus dan boleh merebak jangkitan tersebut ke OTAK. Bila berlaku jangkitan kat otak, secara ringkasnya saluran darah (veins) kat otak boleh tersumbat kemudian menyebabkan intracranial pressure (tekanan dalam otak) meningkat dan berlakunya strok.


Apapun, janganlah terlampau gelabah.
Masih boleh di-prevent.


Preventations :
  • Jangan picit jerawat / menyebabkan jangkitan makin merebak kat kawasan ini
  • Boleh guna ubat jerawat untuk rawat jerawat 
  • Kalau nak biarkan boleh ke? erm, boleh tapi lebih baik buat sesuatu sebab kawasan ini agak bahaya dan ada risikonya 
  • Apapun jangan terpedaya dengan produk kecantikan lokal yang menjanjikan janji manis yang tak masuk akal sebab selalunya bahan kimianya adalah bahaya  



P/s : Doakanlah aku dalam block ini.. Tengoklah, belajar pasal otak sampai terbawa-bawa ke entri blog. 


7 comments:

  1. wahhh baru tau pasal benda nie. selalunya baca2 kat internet, jerawat kat tempat tertentu nie tandanya ada masalah kat badan.

    bahaya jugak jerawat nie rupanya :D

    ReplyDelete
  2. Haah yg tu, femes sgt chart tu
    Tapi yg ni mmg diakui sah oleh doktor2
    Saya pun baru tahu bila jadi medstudent uhuhu

    ReplyDelete
  3. hahaha, sudah merasa menghafal bahagian mata time form 3, cukup la setakat itu. sekarang ni tengah menghafal nama-nama sainstifik tumbuh tumbuhan. hahaha


    pernah dengar juga ada jerawat yang boleh membawa maut. hehe

    ReplyDelete
  4. salam ziarah..

    mak dulu2 masa kite muda remaja selalu pesan..kalo keluar jerawat..x yah picit..biar jer katanya..nnt makin teruk..sampai skrg (wlupun dah tua) stillx berani nak picit jerawat..takut makin merebakk.. huhu

    ReplyDelete
  5. dah lama tak baca blog ni and i just knew that youre taking medicine too! umur kau berapa wehh sebenarnya? kira tahun ni kau 3rd yearlah kan so means that i started reading your blog masa kau sekolah menengah lagilah? excited kot tau ada blogger lain amik medik gak hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru 21 maa..
      no, skrg baru 2nd year ahaha. Tak sangka hg baca blog ni sejak zaman hingusan dak2 sekolah lagi.

      Delete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...