Sunday, December 2, 2018

Mengimbau memori debat / bahas



Assalamualaikum dan salam ceria

Sejak masuk clinical years (Year 3, 4, 5), aku tak nafikan yang kurikulum dia makin mencabar tapi satu benda lagi yang aku perasan ialah, masa lapang pun semakin banyak (sebab kalau ikutkan masa lapang tu kena pergi hospital, auch). Tapi year 5 memang busylah, itu tak boleh nafikanlah. Sejak masuk Kolej Kasturi, tiba-tiba saja, pelajar medic kena rebut merit. Selama ini, kitaorang memang dah dijanjikan confirm dapat kolej, tapi bila masuk year 3, kena kumpul merit untuk terus stay kat kolej. Inilah nasib kami ceh


Dan,
Beberapa hari lepas, kawan aku tanya, nak tak ikut berlatih untuk team debat wakil Kasturi. 


Awalnya, rasa macam keberatan. Sebab kan, kalau sapa yang tahu bahas ala parlimen, akan ada 5 orang menteri. 3 orang menteri hadapan yang utama, dan 2 orang menteri kat belakang (hanya muncul masa izin laluan / celahan). Aku dulu pernah masuk masa sekolah jadi menteri 4 ke menteri ke 5 yang muncul sekali atau dua kali saja untuk mencelah. So, in short; aku tak mahir bercakap panjang lebar untuk goreng ayat.


Image result for bahas ala parlimen
Gambar ihsan google
Menteri belakang yang 2 orang itu, hanya bercakap dalam waktu pendek saja.



Tapi, bila kat universiti, 
Sistem yang digunakan ialah hanya 3 menteri di hadapan. Tiada 2 menteri di belakang. 



Bila berpeluang untuk jadi menteri 2 dengan 3 ni, walaupun olok-olok (sebab team debat kolej perlukan orang untuk berlatih), aku terimbau kembali masa zaman sekolah; zaman aku kenal perdebatan. Seriously, kalau tanya performance aku masa debat ni, pergh susah beb. Banyak aku tersasul, tak tau nak cakap apa, gagap lagi. Debat ini mengingatkan aku, fear aku; which is bercakap dalam tempoh masa yang lama, yang berbentuk fakta. 


Bukan masa debat je, masa present case pun, aku kadang-kadang macam tak konfiden sangat bila bercakap. 


Hopefully, dengan debat ni aku dapat conquer masalah dan fear aku which is bercakap depan orang ramai. Skill yang lecturers selalu tekankan (communication dan presenting skills), penting untuk graduan universiti kena ada. But in the end, apa yang penting ialah "walk the talk", kau debat-debat tapi tak ada usaha, hasil pun tak akan nampak umpama tin kosong yang diketuk, bunyinya lebih kuat daripada tin yang berisi. 


Sapa ada pengalaman cakap kat depan orang ramai, 
Jadi emcee ke, debat ke, pidato ke, ada tips tak? hehe

4 comments:

  1. Kenangan in i tetap di ingati kan. Sya done follow ya dek

    ReplyDelete
  2. cara dua orang kt belakang tu baru juga kan few years ago. dulu zaman akak xde dua orang tu. hehe.. aaa kenangan =)

    ReplyDelete
  3. pernah jadi MC, rasa nervous gila2 dan selalu tersasul. so far, dua kali jadi MC dua2 ada mistake yang memalukan T^T

    ReplyDelete
  4. sy dh bese ckp di hdpn khalayak ramai..pernah jd MC jga..mmg nervous klu berada di hdpn audience yg kite x kenal..klu audience kite dh kenal bese je rasa..x la gugup sgt..ape pon tipsnya sblom memulakan pckpan make sure baca doa mudahkan segala urusan dan diberikan kelancaran dalam berbicara. InsyaAllah semoga dipermudahkan urusannya.

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...