Tuesday, January 28, 2020

10 Persediaan Sebelum Travel


10 Persediaan Sebelum Travel
Pernah tak pergi satu tempat, dan rasa macam satu nikmat yang tak dapat nak ungkapkan, seolah-olah Allah pilih kau untuk datang tempat itu? Sebab itu, aku ada simpan angan-angan untuk banyakkan travel. Jauh perjalanan luas pemandangan.

Tapi, 1 je, travel needs basic planning. Post ini hadir untuk beritau apa 10 persediaan sebelum travel yang kita kena fikir awal.

           1. Flight tiket dan perjalanan ke airport
Beli flight tiket ni, ada skill dia. Kena fikir nak pergi dengan sampai? Nak mendarat airport mana? Nak tambah luggage tak? Nak meal on board tak? Kalau kita selalu peka (ceh wah) dengan promo flight murah contohnya Air Asia, kena pandai book. Tapi book dengan perancangan. Jangan beli tiket flight tapi sekali time tu tetiba ada exam atau ada kerja. Decide awal, kalau lambat.. harga murahh melepas deh. 
Untuk perjalanan ke airport, fikir awal-awal nak ke airport naik apa. Kalau kat area KL / Selangor, kita bertuah ada public transport, contohnya KLIA Express (aku selalu naik sebab takda jem, mudah dan murah). Kalau nak dapatkan KLIA Express promo, korang boleh beli dekat Traveloka sebab dia selalu je buat promotion KLIA Express ni. Kalau barang banyak, nak book airport taxi pun boleh book dengan Traveloka. Korang boleh comparekan dengan airport taxi yang lain. Berbaloi bersusah sikit untuk plan, asalkan dapat yang kita puas.

          2. Insurans atau takaful
Aku banyak baca post kat group travelling fb, ramai yang cadangkan ambik insurans. Sebab kita manusia, kita tak tahu apa akan jadi. Cuba bayangkan tengah-tengah kita travel tu, kita sakit dan perlukan rawatan secepat mungkin. Mana kita nak dapat duit yang banyak masa tu? Kalau ada travel takaful ni, kalau apa-apa jadi kita tak perlu risau dah. Dan make sure cari takaful yang boleh guna guarantee letter bukan yang jenis pay and claim. Kalau jenis pay and claim tu pun still menyusahkan kita nanti.

            3. Kenal pasti keselamatan tempat
Ini penting, tak kira travel solo atau group, kita kena pastikan kawasan kita pergi tu kawasan yang selamat, terutamanya tempat penginapan. Kalau kita tau kawasan yang kita pergi ada kes ragut, kita kena jaga elok-elok barang peribadi. Paling pentingg, kawasan penginapan yang selamat, ingat point ni. Jadi survey betul-betul.

            4. International adapter
Rupa international adapter
Sebelum kita bertolak ke luar negara terutamanya, better kita prepare satu international adapter dan bawa 1 extra extension. Ini preparation in case negara yang kita pergi tu guna plug yang berbeza dengan kita. Kalau bawa sendiri senang, takdalah susah nak beli baru atau cari kat sana.

            5. Sediakan extra beg
Biasalah kan, lepas travel mesti banyak beli ole-ole. Kalau tak beli pun, back up sahaja beg yang mudah dilipat, jenis beg galas yang ringan supaya kita boleh guna waktu kat sana nanti atau untuk letakkan barang lebih dalam beg tu semasa balik. Kan dah jimat kos beli beg baru tu.

           6. Cari penginapan yang memudahkan
Lepas dah beli flight tiket tu, pastikan korang survey pelbagai jenis penginapan dan kawasannya. Supaya kita boleh membandingkan setiap satu. Carilah penginapan yang menyediakan pelbagai jenis kemudahan. Kemudahan dekat sini bukan sahaja kita refer kepada kelengkapan dalamnya, tapi kemudahan daripada segi accessible tempat. Kalau aim nak guna public transport, cari yang berdekatan dengan public transport. Kalau nak kurangkan pergerakan dengan transport, cari penginapan yang berhampiran dengan kawasan tumpuan pelancong supaya boleh jalan kaki je ke beberapa tempat.

7. Check status penyakit atau wabak negara yang kita nak pergi
Sekarang tengah bising pasal Wuhan virus, jadi elakkan dari travel ke negara China buat sementara waktu. Sama macam jemaah haji, sebelum berangkat kena dapatkan vaksin yang dah ditetapkan. Kalau negara itu ada penyakit yang dapat elak melalui vaksin, dapatkan vaksin terlebih dahulu sebagai langkah selamat guys. Kesihatan ini penting sangat-sangat. 

             8. Check passport atau visa 

One of powerful pasport; Malaysian passport

Sebelum pergi airport, pastikan pasport dan visa masih valid. Check dulu kita bawa ke tak (termasuk IC) sebelum pergi airport. Simpan dalam beg galas atau handbag yang tak mudah tercicir. Jangan simpan dalam luggage bag, nanti susah nak keluarkan. Lain negara lain cara masuknya, pastikan kita tau serba sedikit pasal itu. Nanti tak pasal-pasal tak dapat masuk negara lain sebab dia ingatkan kita nak petik epal ahaha.


           9. Tukar mata wang
Yang ni dah sedia maklumlah kan, lagi-lagi kalau pergi luar negara. Kena selalu check bila mata wang negara lain turun, cepat-cepat tukar duit. 


           10. Simcard
Bila dah pergi oversea, kena check sama ada kita boleh pakai simcard sama atau tak. Internet mana lagi murah. Penting adanya internet supaya kita boleh google tempat-tempat yang kita nak pergi, nak translate bahasa-bahasa yang pendek yang kita tak faham.



Apapun, selamat bercuti!
Rajin-rajin baca tips / iternerary orang lain yang selalu travel. Sekurang-kurangnya mental kita dah sedikit bersedia apa yang kita akan hadapi walaupun pengalaman kita tentunya akan berbeza daripada orang lain.

#masihberimpianuntuktravel

26 comments:

  1. Sangat-sangat bagus info ni, kadang kita ni yang dah biasa travel pun, kadang blur bila nak buat langkah pertamanya apa..blur kejap depan bag bagai hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp sis Lin dah slalu travel, ibaratnya persediaan2 ni semua tutup mata je ahaha

      Delete
  2. terima kasih atas tips. kadang2 ada yang terlupa bila nak travel lepas tu terus jadikan trip tu serba tak kena. :)

    ReplyDelete
  3. thanks for the info. i always check banyak kali passport, weather kat negara yang akan dikunjungi, muat lagi google map lokasi nak plan pergi.

    ReplyDelete
  4. Memang wajib buat persediaan awal tu. Lagi lagi charger international. Hehehe nyawa sepanjang travel

    ReplyDelete
  5. Thanks for providing this check list. I always write down this kinda check list too before travel.

    ReplyDelete
  6. Thank you sharing tips berguna untuk kaki travel.boleh share dengan rakan2 lain mcm ni.

    ReplyDelete
  7. Good info. Mudahkan kita nak travel ke mana-mana bila ada tips/checklist begini. Yang no 7 tu penting sangat. Nak² sekarang ni tengah tular pasal nCoV tu. Better cek dulu status negara yang kita nak pergi.

    Done follow sini #1562

    ReplyDelete
  8. Bagus sangat info ni.. walaupun sekarang macam tak sesuai utnuk travel ke mana-mana.. tapi entri ni boleh dijadikan panduan akan datang kot ada yang nak travel nanti..

    ReplyDelete
  9. betul tue kena ada planning kalau nak travel lebih2 lagi pada orang yang travel backpackers aje...klu ikut pakej bolelah tahan sbb travel agent selalu bagi checklist untuk di rujuk


    ReplyDelete
  10. Betul tu. Semua tu penting. And jangan lupa bawa ubatan memasing. Paling tidak minyak angin. And pastikan ahli keluarga tahu macam mana nak hubungi just in case

    ReplyDelete
  11. Terima kasih di atas perkongsian ini. Boleh jadikan panduan utk.mrk yg nak travel

    ReplyDelete
  12. Thanks for the tips.. Tengah merangka lagi dis year nak ke mana dengan suami n anak2.. Tak sure nak jln kt dlm negara or luar... Huhuhu... Jenuh nak kena buat belanjawan nak berjalan2 ni

    ReplyDelete
  13. Banyak tips tertinggal masa gi Travel aritu. Adeh.. lepas ni nak kena take note lah. Qiss tak pernah book dengan Traveloka. Next time boleh cuba kot.

    ReplyDelete
  14. Betul tu, kte sebelum travel mmg checklist dulu. Tp biasa kalo travel oversea kte amik travel recommend atau toamingman utk internet. Biasa tak beli sim kad

    ReplyDelete
  15. Teringin nak travel di luar negara. Apa pon tips ni sangat berguna untuk kaki travel. Thanks :)

    ReplyDelete
  16. Tips yang sangat bagus dan praktikal. Teringat masa muda dulu rajin travel. Sekarang tunggu cuti je laaaaa. Hehe.

    ReplyDelete
  17. yang point nombor 1 tu betul sangat. ada airport yg bila kita mendarat n berlepas dari situ mahal charges dia. dulu masa kita pergi jepun, landed kat tokyo, balik ikut osaka. kalau fly daro tokyo mahal lagii

    ReplyDelete
  18. thanks share this info
    saya belum pernah lagi melancong ke luar negara (menginap di sana)

    moga suatu hari nanti saya diberi kesempatan untuk merasainya.

    ReplyDelete
  19. no 2 & 7 tu sangat penting...selain penyakit kena tahu pasal keselamatan di negara yang akan dilawati

    salam kenal dari www.iamfuzy.com follower 1561

    ReplyDelete
  20. for me i'd choose to use the portable wifi.

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...