Tuesday, December 31, 2013

Entri terpilih sepanjang 2013!

Assalamualaikum dan say big BIG hello to 2014!




Top 3 Famous Entry
<3 Aisyah Syakirah contoh remaja Islam kini? (rating and komen tertinggi)


Paling tak percaya, entri Aisyah Shakirah yang dapat carian google (antara yang tertinggi). Mungkin bukan blog aku yang famous, nama Aisyah Shakirah tu sendiri yang famous, untunglah.


Top Motivating Entry
<3 Asyik hujan je mana pelangi
<3 Langit tanpa tiang
<3 Senyum itu free

I won't really call it motivation but sort of I guess, hehe.


Review
<3 City of Bones
<3 Rasulullah is my Doctor


My Favourite
<3 Penulis yang berkuasa

Kenapa aku suka entry ini? sebab aku sendiri pun penulis. Jadi, ini macam little reminder for myself as well for you guys too. Dah kenapa aku berojak-rojak ini.


Entry aku yang aku fail nak buat apa yang aku tulis ialah entry (Disember sudah tiba). Dalam post itu, aku kata aku nak study. Well, the real thing is, I study a little, I enjoy too much, I regret nothing.

So, itu sahaja untuk entry-entry sepanjang 2013. Thanks for you guys, you really give me support and love. Lovekah? Adakah itu cinta? Berjumpa lagi pada tahun depan, 2014. Di mana tahun depan, itu serius sangat dekat dah. Or, mungkin siapa yang tengah baca sekarang ini pun dah 2014.




Doalah semoga tahun 2014 lebih banyak bawa kebaikan dan ubah diri kita jadi lebih baik. 


31 December 2013
11.59 p.m. 
Classic much?
In memories of 2013.





"Phew, serius kalut buat entry." - xyz (2013) |

Tuesday, December 17, 2013

Last Giveaway In 2013 @ dakwahmahabbah.blogspot.com

Assalamualaikum dan olla!


Klik ^ untuk melayang ke giveaway sebenar.


Lama rasanya tak join Giveaway.
Sekarang ini, giveaway bukan sikit-sikit hadiah dia, banyak! So, sementara tak ada idea nak update blog, apa salahnya kita join giveaway/contest kan? 

Antara hadiah GA ini, charcoal mask, glitter shawl, jubah cotton Korea dan banyak lagi. Tak percaya,  klik sini.


Join sebelum 28 Disember 2013!


P/s : Ada appoinment dengan doktor lepas ini T^T


Sunday, December 15, 2013

Penulis yang berkuasa

Assalamualaikum dan AllĂ´!



Macam chef, pelukis dan mekanik kereta,
Kuasa penulis terletak pada tangan mereka, cara otak mereka mengolah ayat, cara penulis tumpahkan seluruh hati dia pada tulisan itu sendiri. 

Dan ini mengapa penulis itu berkuasa.
Penulis MAMPU mengubah pemikiran kita dan mengubah hati kita.


Sebab itu kalau  jadi penulis, tak kisahlah penulis blog, penulis novel, penulis tak berbayar kat laman web sosial itu sila fikir sebelum muntahkan perkataan-perkataan yang kau akan menyesal di kemudian hari. Mungkin rasa menyesal itu tak singgah di hati sekarang, tapi nun hari pembalasan kelak, masa itu nak 'undo' 'backspace' dah kira tak berguna dah.


Apa yang aku cuba sampaikan, yang suka menjaja gossip liar, ayat kontroversi, guna ayat yang caci maki berjela-jela konon supaya tampak cool, cerita cinta yang melalaikan dan oh tak lupa juga pada penulisan yang boleh mempengaruhi orang lain berbuat jahat. Memang aku tak layak condemn penulisan orang lain, "I am not better myself." tapi tolong.. ubah. Tak kisahlah cara penulisan apa-apapun, tapi pastikan akhir sekali pembaca akan dapat nilai yang baik-baik. (e.g Hlovate)


Ini untuk kebaikan sejagat.


“Tulisan itu, umurnya lebih panjang berbanding kita kerana apa sahaja yang kita tulis di dunia ini akan kembali dibaca di akhirat. Lalu tulis perkara-perkara yang benar, perkara-perkara yang baik. Anggap tulisan kamu itu adalah karangan untuk Allah, kerana ia juga dibaca di hadapan-Nya nanti, juga di hadapan seluruh umat manusia. Jangan nanti kita malu sendiri apabila karangan kita dibaca."

- Bahruddin Bekri. (source)

Bukan ke Rasulullah s.a.w sendiri berpesan, 
Kalau kita tak ada perkara yang baik untuk disampaikan, diam itu lebih baik. Term ini bukan saja boleh diguna pakai masa kita bercakap, tapi memang patut kita apply masa menulis. 


Apa-apa pun, menulislah perkara-perkara yang boleh membawa baik kepada orang lain. Aku sendiri tahu, masih banyak kekurangan aku semasa menulis. Penulis-penulis sekalian, jangan teragak-agak terima komen orang tentang penulisan kita. Positif ke negatif ke maknanya orang itu masih ambil kisah pada kita - nak kita berubah.


Teka-teki hari ini, penulis memang berkuasa kecuali pada satu orang. Siapakah?








Ya, orang yang malas membaca. Heh! 
(Lawak hambar) 


Selamat menulis!
Let the words spread good among people, ya?




Monday, December 2, 2013

Disember sudah tiba!


Assalamualaikum dan bonjour!


Disember,
Sebut pasal Disember ini maknanya tahun 2013 sikit lagi sampai ke penghujungnya. Dan tahun 2014 mula tunjukkan belangnya, muahaha! "Aku sudah tiba, bersedialah kau!" Personally, aku masih belum dapat terima benda yang berlaku tahun ini. Ada benda yang aku harap aku dapat ubah tapi ya, tak dapat. Takdir Tuhan aku kena redha.


Cuti sekolah ini aku banyak habiskan masa main game Sims 3, tengok drama Korea dan teman mak aku pergi kursus sana sini. Pretty boring, huh?


Bulan ini baru aku nak mula balik revisionlah sangat topik form 4. Tahun depan aku SPM. Tak revision nanti tak smooth. Lepas itu, ada hati nak straight A's SPM 2014. Form 4 boleh dikatakan aku tak bersungguh-sungguh sangat untuk belajar. Orang kata, "Form 4 is a honeymoon year." Mula-mula aku fikir apa jadahnya honeymoon, subjek punyalah challenging. Otak sampai berselirat penuh dengan wayar-wayar. Dahi ini, berkerut seribu.


Tapi, bila fikir balik. Aku boleh relate yang memang secara sedar atau bawah sedar, aku tak bersungguh-sungguh sangat masa belajar form 4. Ya, form 4 ialah honeymoon year... yang menyeksakan.


Kalau boleh putar masa balik?
Agak-agak darjah atau form berapa yang korang nak putar masa balik?  Kalau aku, nak masuk balik form 2. Tak tahu kenapa form 2, banyak nostalgia kelas aku ;)




Personal post
2 Dis 2013
♪ Priscilla Ahn - When You Grow Up

Tuesday, November 26, 2013

Review buku Rasulullah is My Doctor (ohsyem tak hengat)

Assalamualaikum
Heyyo, kabare?

Kepada peminat-peminat drama Korea yang tegar mesti dah tonton cerita Good Doctor. Tapi, betul ke semua doktor ini good? dah jalankan kerja dengan baik? Betul ke semua ubat kimia bagus untuk kesihatan kita? Masih ada ke maklumat yang doktor sorok takpun lupa nak beritahu kita semua?

So, ada yang lebih lebih hebat daripada Park Shion!
Ya, itulah Rasulullah s.a.w 




Memperkenalkan buku fakta pasal kesihatan yang favourited all the time!



Tengok cover buku dan tajuk dah buatkan anda tergila-gila nak beli, hmm.






Bukan setakat ada maklumat je, gambar kaler-kaler berinformasi tinggi pun ada. Kiranya kalau korang jenis tak suka baca fakta berjela-jela tak ada gambar menarik, mesti terus minat nak beli buku ini. 




Kandungan 


Bagi pemakai cermin mata yang dah mula "benci, benci, benci" pakai spek mata, memang patutlah baca buku ini. Ada ajar tentang terapi penglihatan mata. Betul ke selama ini kita pakai spek mata, mata kita bertambah baik? Tanya soalan itu balik pada diri. 




Harga & details

Semenanjung Malaysia : RM25.00
Sabah/Sarawak             : RM28.00
Muka surat                    : 280
Penulis                          : Jerry D. Gray



Penulis
Penulis dia mula-mula terkejut jugak, "eh orang Inggeris yang tulis?" Rupa-rupanya dia telah memeluk agama Islam. Dia dulu bekas Tentera Udara Amerika Syarikat. Dia ada banyak tulis buku-buku menarik yang lain. Nak tahu lagi? Apa lagi, belilah buku ini. 





Overall, buku ini memang terbaik! Tak tipu. Tip top. 

10/10




Untuk non-muslim pun boleh beli, untuk tambah pengetahuan tentang rahsia kesihatan IslamKita asyik beli novel cinta, bila lagi kita nak beli buku yang buatkan kita cinta Rasulullah s.a.w? 
Apa lagi? Beli segera!



Buku Rasulullah is my doctor, best ke membaca, buku terbaik, novel cinta, good doctor, Jerry D. Gray, Rahsia kesihatan Islam, makanan sunnah, sunnah Rasulullah, kesihatan, kimia berbahaya, mualaf, buku fakta menarik, best sangat, patut beli, PTS Islamika, beli buku online, ulat buku, doktor, cita-cita,buku murah saja




Saturday, November 2, 2013

Asyik hujan je, mana pelangi?




"Argh, markah periksa aku teruk" Hentak kepala ke dinding.
"Tak guna punya kawan, tikam belakang!" Masam tak bertegur.
"Kerja keras tapi gaji sikit!" Geram.


Takpun lepas satu masalah, timbul satu lagi masalah. Sudah jatuh ditimpa tangga. Lemas dalam lautan masalah. Sampai satu tahap, rasa fed-up itu menggunung dan kita mula mempersoalkan kenapa-kenapa-kenapa dan kalaulah.


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
(Surah Al-Baqarah Ayat 30)



Dalam ayat Al-Quran ini Allah terangkan dengan jelas yang Allah tahu apa yang kamu tak tahu. Kita mungkin kata, "ohh Tuhan tak sayangkan aku, jadi aku punya masalah bertimbun tak pernah selesai. Terabai." Allah bagi ujian untuk kita kembali pada Dia, rayu pertolongan.

Allah tahu kalau kau terlepas sesuatu, terhilang sesuatu, tergagal sesuatu Allah akan gantikan dengan lebih baik.


Jadi,
Pelangi itu mungkin bukan di sini,
Mungkin bukan sekarang,
Tapi nun di sana,
Jangan berhenti,
Jangan mengalah,
Pencipta pelangi,
Akan kirimkan nanti ;) 


(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

(Surah Al-Baqarah ayat 112)






Pencipta pelangi takkan mungkin mungkir janji, percayalah.

Thursday, September 12, 2013

Tegur biar berhikmah bukan menghina

Assalamualaikum 
May peace be upon you.






Sejak aku dah tukar tugas sebagai pengawas, satu benda yang aku perasan pasal manusia ialah egoBanyak atau sikit manusia mesti ada ego. 
Mesti. 


Manusia ini bukan hati suci putih. Iman tetap straight felamaks macam malaikat. Manusia tetap manusia. Buat kesilapan. Apa hak kau untuk hina orang sedangkan diri pun pernah melakukan kesilapan? 


Manusia ada ego. Dia kalau boleh tak nak tercalar ego sedikitnyaaa pun. Nak berkilau-kilau sakit mata memandang dari jauh. Jadi, kita kena tegur orang secara berhikmah tak adalah nak kutuk dia secara public a.k.a umum. Nak menegur pun kena ada adab tahu? 



"Kau ini hukum agama pun jahil. Baju selekeh. Masuk nerakalah lu"




Sakit dada bukan? Jangan gunakan kekekerasan dan maki-makian kepada orang-orang yang menganggap ego depa 'hak cipta terpelihara Malaysia' yang dijaga rapi tak nak satu habuk pun landing atas ego depa. Tegur baik-baik dulu kalau buat selamderk sahaja, bolehlah tegur secara tegas. 


Tegas dan berhikmah. 
I like this one better ;) 



Mencarut dan seumpamanya memang kena minta jauh-jauh. Dengar kata, kebanyakan perempuan baik-baik 'major turn off' bila lelaki mencarut ini. Sama macam lelaki, lagilah multiple major turn off kalau perempuan mencarut.


Oh, Allah pun 'turn off' (tak redha) kalau hangpa mencarut.





Aku akhiri post serius ini dengan kasut yang comel.
Dah pakai kasut comel, perangai pun kena comel dan santun ;)




Friday, August 23, 2013

Oh oh ohsem Raya City Of Bones

Assalamualaikum and hello!


INDAHNYA SUNGGUH DI HARI RAYA
RAMAINYA ORANG BERSUKA RIA.


Intro dengan lirik lagu raya ingat kewl sangatlah?


              Buat orang yang jauh disana, ya yang tengah baca post depan skrin ini,  'Selamat Hari Raya!' Dah nak habis raya baru aku nak update post raya? Apakah? Tak sudikah anda baca belog yang dah lama tak berupdate ini? 


Apa? nak duit raya dulu baru baca entry? 
Bau tak ikhlas nampaknya.


Raya tahun ini bolehlah best sebab tahun ini aku balik awal raya. Hari Isnin sebelum raya dah balik. Nampak tak semangat kampung girl disitu? Kampung kat belah utagha. Teka-tekalah kat mana, nanti kita hulur duit raya seposen kalau betul. Kebanyakan hari-hari di kampung dihabiskan dengan tengok movie Supernatural. Ya, aku tahu. Sepatutnya duduk kampung, kejar ayam ke bersawah ke. 


Come on, siapa buat lagi semua itu?


Permai sungguh desa hamba ;) 
Comel kan kereta ada riben?



>>> FAST FORWARD
|| Pause



Sekarang, aku nak bercerita pasal.. *drum roll please*


THE MORTAL INSTRUMENT : City of Bones
Nak tahu best ke tak, ngelihatinlah sendiri. 


ADA LILY COLLINS yang comel 


Aku bila tahu movie ini nak keluar gembira tak kepalang. Rasa nak ambik palang ketuk kawan sebelah meja. Aku siap tunjuk trailer kat abang aku lagi. Yelah, aku dah baca bukunya sampai book 4. Ada Lily Collins berlakon sebagai Clary. Sesuai sangat uolls. Kalau aku berlakon agak-agak sesuai tak?


Kena baling telur gamaknya.


Buka sekolah je kan, hari Isnin tak silap. Aku tanyalah Adlina nak tak pergi tengok wayang. Time tu memasing muka dah terpancar wajah kebahagian tak berbelah-bahagi. Nampak tak penggunaan bahasa yang tak menahan itu?


Adlina pernah suruh aku ceritakan pasal dia kat blog so, disebabkan dia baik nak teman aku first-first pergi tengok wayang jadi apa salahnya aku famouskan kawan aku ini sekejap.


Adlina ini masa first aku kenal masa form 1. Bagi aku dia ini boleh tahan comel dan manis orangnya. Aku tak bodek tapi ini perihal kebenaran yang terahsia. Adlina ini aku respectlah dia sebab dia ada confidence level yang tinggi. Straight forward punya gadis. Aku suka bila dia speaking English.

Okay lebih-lebih aku puji kang tak boleh tutup pula hidung itu :p
Dia yang kenalkan aku dengan buku The mortal instruments. Bukan buku City Of Bones je aku dah baca, Book 1 sampai book 4 aku dah baca. Amboi, riak. 



*klik untuk besar secara abnormal*


Overall, memang best. Walaupun ada lain sikit dari novel but its okay. Terima kasih jugak kepada Aida, Natasha, Raihanah, Zulaikha, Husna, Hadirah dan Sabariah yang teman aku tengok City Of Bones. Thank you guyss :D Walaupun kita datang dengan muka tebal berbaju sekolah, jujur aku terharu kalian sudi teman kome nengok wayang.

The mortal instruments city of bones, awesome sangat best sangat, Jace Wayland, Clary Morgensten, Simon, Valentine, Luke, Magnus Bane, Cassandra Clare, City of Ashes, City of Glass, City of fallen angles, New York times best selling author, fantasy movie
Sekian laporan panjang raya yang terlebih details. 
Ada masa, ada idea kita update lagi. 


 Syukran.

Saturday, July 6, 2013

Tumblr tempat yang menakjubkan!

Assalamualaikum and whadup gais,

Nak stylo je.



aeu asjk  efjnak
^ atas ini merupakan typo, bukti lama dah tak menaip blog ni, tsk sadis. -///-


          Boleh tahan lama jugak aku tak update entry. Yelah, ada macam-macam aktiviti. Lagi-lagi aku tinggal kat bandar yang tak surut dengan aktiviti. Hari ini sepatutnya ada 10 000 langkah tapi aku yang kemalasan dengan lemak-lemak bergantungan di keliling pinggang; malas keluar rumah. 


Main kucing lagi best, tahu. 
'Pehal ni bro?'

Ini baru saja semalam habis hari sukan. 
Periksa Pertengahan Tahun - Kawad - Markah periksa yang jatuh cium tanah - Lawatan ke Institut Nuklear - Hari Sukan.

Kalau nak cerita satu-satu memang payah-lah-kan. 



Dan sebenarnya saya lama tak update sebab ; tumblr
Ya, salahkan dia. Tumblr mesti semua orang pernah dengar kan? Tapi ada yang tak pernah. Buat yang tak tahu, tumblr ini satu media yang agak serupa dengan blog, tapi dia lebih berfokus pada gambar. Aku ada tumblr tapi kerjanya reblog-reblog-reblog pasal noob lagi pasal benda-benda ni semua. 




Sneek Peek.




Things I like about tumblr ;
1. Easy to reblog
2. Fun
3. Cool pictures
4. Most of all ; my daily reminder about Islam


Meh, saya tunjukkan picture-picture yang cool.






Ini semua dari tumblr harap maklum ya.
All this pictures are from tumblr. I do not own any of this pictures.




Twitter : @aisyahxyz
Tumblr : http://aisyahxyz.tumblr.com
urm, ini yang segan ini. Feel free to follow. Tak free tak perlu follow takpe. 



Terima kasih sudi baca blog berhabuk ini. 


Friday, May 3, 2013

The end of April. Kebangkitan MAY!

Assalamualaikum w.b.t,
Gotta admit that my tittle smells like politics really?


Sekarang ini kita telah mendarat pada bulan Mei! Alhamdullilah. Kalau diberi kesempatan gua nak juga berlepas untuk bulan Julai which is bulan Ramadan, muslim fasting month where all foods and drinks are prohibited. Dan masa itu, semua berebut buat ibadah.

Yeah, I missed that.


Cheesy line. Cheesy lines everywhere.



Bulan yang lepas aku tak dapat update entry banyak despite of my schoolworks, laziness and lack of ideas. Argh, kenapa aku bermula rojak-rojak ni. Inilah akibat membaca novel english sampai terikut-ikut. 


Okay, bercerita pasal kawad kaki pulak. Ye, aku masuk kawad kaki. Ini ialah fakta cekik cicak. *apa aku ngarut ni* Unbelievable yet true. Alah, peringkat sekolah jepun. I mean JER PUN. So, tak nak bebel banyak sebab lepas ni nak fikir nasib untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 which will be soon enough so wish me all the best. It will be better to pray for me too.

That's so kind of you, thank you.





"Forever Kadet Bomba. Dapat nombor 2, kalah sebab name tag saja." - description. 



Alhamdullilah aku gembira walaupun tak dapat johan. Merasa juga aku kawad tahun ini. Betul lah orang kata, "tak kenal maka tak cinta". Let me continue those words, "dah kenal tak payah nak cinta sangatlah".  


Tick. tock. tick. tock.
Masa berjalan dengan pantas.
"Masa ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, nescaya ia memotong kamu."



Scary, isn't it?



Come on, study now. 




My other kawad stories :


Friday, April 12, 2013

Senyum itu free

Assalamualaikum
"Tak jawab dosa, kalau jawab menggoda" 


Dear whoever who read this, please smile ;)
You look better now and sweeter, like seriously. I'm not kidding.





Aku rasa amalan paling simple dan paling senang nak istiqamah ialah ; SENYUM

Pernah ke orang minta, "Satu senyuman kau itu 20 sen!"
Ingat kita bukan hidup di zaman Spongebob seluar petak.


See even "smile" is not listed in the bill! 


Senyum ini tak seperit angkat berat di gym semata-mata untuk dapat badan bermuscle. Tak sepadah membuli ketua kelas di sekolah *batuk*. Tak pelik macam tarian harlem shake. Cuma perlukan 2 otot muka untuk menghasilkan senyuman. Dan orang kata, kalau banyak senyum nanti muka jadi awet muda. Tak perlu susah-susah nak tonyoh liquid paper kat muka, hah wait what?


So, kalau jumpa orang di luar sana jangan lupa senyum dan balas senyuman orang lain. Tak salah pun kalau kita mulakan senyum dulu. Tapi jangan pula senyum sebab ngorat. Itu dah lain niat namanya. Elok-elok dah buat sunnah Nabi ke laut pulak perginya. 



"Janganlah kamu memandang hina (menganggap remeh) untuk melakukan amal soleh yang kecil walaupun sekadar memandang wajah saudaramu dengan senyuman." (Riwayat Muslim)




SMILE ;)
it's Sunnah
it's Free


Start giving out smile, people. 
A small effort but means a lot, ya know.
senyuman plastik, senyum tak perlu kata apa-apa, smile always, always smile, fake smile, that sweet smile, i like youir smile, sunnah, senyum tawar




Tuesday, March 26, 2013

Molicious Giveaway By Nurul Ezatee



Kawaii~
Antara banner yang comel yang pernah aku tengok.
Any further inquiries about this giveaway, click here.



Assalamualaikum,
"dia mai dah, dia mai dah!"
Okay, aku ini memang manusia yang tak patut. Campurkan giveaway dengan personal post semua dalam satu post. Meh nak tanya, "Habis itu, apa fungsi milo paket 3 in one?" jadi, bertulisnya entri ini berinspirasikan paket milo. Apakah? 

'saya memang suka milo' *whispers*



ayat paling... herm, palsu?

Keputusan Add Math March haritu menguciwakan guwa. You know, macam mana ada orang itu boleh dapat 100% add math? Aku syak, dia ini tak lain tak bukan blender buku add maths. Tuangnya di dalam cawan. Minum secukup rasa. 



Itulah, time semua orang exam aku boleh lagi pergi Pangkor (ada program). Best! Sampai terindu-rindu lah gua cakap lu. Bila balik semula ke sekolah, terpaksalah ambil exam lambat sikit daripada orang lain. You know what they said, "better late than never". Walaupun aku memang berharap tak nak ambil exam TT^TT 




So, add maths can we be bestfriend?
*kenyit mata* 






Saturday, March 2, 2013

Langit tanpa tiang

Assalamualaikum




Siapa yang cipta langit?
Yang tiada bertiang.
Yang tiada benang di atasnya.

Hebatnya, perasan tak?



Subhanallah. Hebatnya kuasa Allah! Cantik betul langit. Masalah kita ini kekadang nampak kecil berbanding langit yang luas ini. Allah ciptakan langit tak nampak pun tiangnya. Allah ciptakan gunung tak ada pakunya. Allah ciptakan matahari tak ada sumber elektriknya. Subhanallah TT^TT



"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. {3:191"



Bila dah masuk bulan Mac ini, aku merenung sekejap, 
"Berapa banyak dosa yang telah aku buat pada bulan Januari dan Februari lepas?"
"Allah terima tak amalan aku?" 


Pergi sekolah jangan malas, 
Bawa beg selori muatan, 
Langit itu terbentang luas,
Menunjukkan Allah itu maha pengampun. 



"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. {3:129} "






My Tweet @aisyahxyz ;
"Dongaklah ke langit dan bersyukurlah masih ada hari ini ;)"



Semoga bermanfaat <3



Sunday, February 17, 2013

The Longest Giveaway Ever by Ain

Assalamualaikum



Ceritanya begini. *tarik napas* I have a...



LOOO


Ooooooo



Ongggg



Long long long story for you.



Tapi dipendekkan cerita.
*tukar translation Melayu*
Pada zaman dahulu, ada seorang gadis yang tinggal di sebuah negeri yang kecil. Dia telah menerima surat jemputan untuk menyertai Giveaway yang dibuat oleh pihak istana.



Terkejut juga gadis tersebut apabila melihat gambar ini boleh bergerak. 
Bayangkan gambar bergerak di dalam surat. Zaman Harry Potter barangkali.



Gadis itu menyambung baca isi surat tersebut.


Le' Rules to Enter The Giveaway
 Buat 1 entry bertajuk:- "The Longest Giveaway Ever by Ain"
 Wajib tempek banner kuching diatas
 Wajib follow blog ni. dan SUNAT follow twitter 
 Wajib like fanpage ain. 
 Sunat Tag seberapa banyak yang boleh. Ada hadiah khas. *pastikan mereka tahu*
 Tinggalkan link entry bukan link blog di entry ini.

Sekali lagi, gadis tersebut kagum dengan surat ini. Sudahlah berkaler, gerak-gerak pula itu. Standard surat istana, agaknya.




Tarikh mula: sekarang
Tarikh tamat: 250 peserta atau 20 disember. pilih cepat!
Keputusan: 1-5 hari selepas tarikh tamat.
Le' Reward

1x EXCLUSIVE TOP
2x ACSSESORIES
1x CARDIGAN
5x HADIAH MISTERI
SEMUA PESERTA MENDAPAT 5% DISCOUNT DI ANSENEDA SHOP'S
*hadiah akan bertambah sentiasa*

Le' Prize Division

1. top refferal
2. tag terbanyak
3. entry kreatif
4. random.org





Setiausaha Istana, Raja Ulam Sulaiman Ismit Ali.

Please, give some tips on facing UPSR for our dear Princess, Ain. Your essay must not less than 50 words.


"Orang kata soalan UPSR ini kacang tanah masak sambal. Tapi ini ialah Peperiksaan Besar yang belum kita ambil sebelum ini. Jadi, perasaan itu macam takut. (I know it beacause I know :P) Buat latihan banyak-banyak terutamanya matematik atau subjek-subjek yang lemah. (Akak lemah Math dulu.) Banyakkan berdoa. Kalau ada tuisyen sila pergi. Jangan malas. Kurangkan online, ehem.

Dan, paling penting, sila hargai tahun terakhir anda di sekolah rendah. Anda tak akan dapat sambut 'Hari Kanak-Kanak' lagi selepas masuk ke Sekolah Menengah. Pastikan result gempak, so bolehlah masuk asrama yang dihajati. You can do it.! Gunbatte!"


Orang kata,


UPSR is nothing.
PMR is something.
SPM is everything. 
PBS is annoying.

*walaupun nanti dah tak ada PMR*




Gadis itu tersenyum. Dan pergi menuju ke Pejabat Pos untuk menghantar borang penyertaan ke pihak Istana. Sebelum itu, dia juga telah fotostat kad jemputan untuk kawannya yang lain iaitu :



*nama rekaan sendiri. Ampun ampun*



Thanks for reading. Feel free to join this Giveaway okay ;)
P/s : Jom join contest ini juga?




Benar tak benar tak tahulah,
Miss Xyz




Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...