Saturday, August 26, 2017

Wishlist Skincare Products

Assalamualaikum & Salam ceriaa


Yay, dah tukar header baru!


           Harini aku nak share beauty products yang aku teringin nak cuba. Dan post ini boleh jugak dijadikan sebagai product recommendations untuk sesiapa yang tak tahu nak beli product apa. Kalau sesiapa yang dah pernah try produk-produk yang kat bawah ini, boleh gak komen share pengalaman. 

Sebelum itu, nak bagitau :
Jenis kulit aku : Combination to oily skin
Skin concern : Acne Scars (Post Inflammatory Erythematosus = in simple words : parut merah)

Kebanyakkannya jenama Korea sebab tengah hot sekarang.

1. Cleanser
Currently use : Dermalogica Special Cleansing gel


Good Morning Cleanser (CosRx)
Harga pun affordable
Personally lebih suka gel type daripada foamy sebab foam ni selalu keringkan muka. 
Kenapa teringin? Sebab Low pH & Gentle



Neogen Green tea cleanser
Okay, sebenarnya ni foam tapi pernah tengok review, dan katanya sangat gentle.


Both product atas ini tak ada paraben.
Paraben = bahan pengawet untuk skincare yang ada kontroversi



2. Toner
Currently use : Benton Aloe BHA toner

Huxley Toner; Extract it
Sejujurnya toner ni mahal. Tapi Huxley punya brand somehow I can't resist. ahaha. 


Klairs Supple Preparation Toner
Yang ni ramai yang kata best. 


Tapi aku masih suka toner yang aku guna sekarang ni, so.. ni just wishlist kalau dah bosan dengan toner yang sama. 

  • Fungsi toner : Untuk bersihkan lebihan kotoran kat muka (kalau ada) selepas cuci muka 
  •  untuk prepare step untuk seterusnya. 
  • untuk balancekan pH muka lepas cuci muka



3. Moisturizer
Currently use : The Face Shop Aloe Vera gel 

Benton Snail Bee High Content Steam
Selain Huxley, I cannot resist Benton either. Tapi sesiapa yang ada alergik dengan ingredients dia, better jangan pakai. 

Apapun, kena tunggu current mosturiser habis dulu.. Haipp jangan bazir hehe. 

  • Moisturizer penting untuk hyrdatekan muka. Oily skin pun kena pakai moisturizer okay. Kulit berjerawat pun kena pastikan muka well hydrated so jerawat itu senang sikit nak basmi.




4. Oil
Masih tak guna oil setakat ini, tapi kalau diberi pilihan, nak beli Tamanu oil atau Squalane oil. Tamanu oil sebab bagus untuk healing parut. Squalane pulak bagus sebab dia minyak yang selamat letak kat muka sebab badan kita pun keluarkan minyak ni. Arghhh, confuse nak beli yang mana satu. 


5. Scrub
Currently use : None 


Yellow Gorgeous Scrub
Ingredients dia best-best, claim to heal acne scars. Macam menarik tapi masih lagi berfikir nak beli ke tak. Banyak positif review kata best. 


Neogen Green Tea Bio Peel
Sejenis Physical + Chemical exfoliator. Ada lagi 2 jenis : Wine dengan Lemon. Tapi rasa macam green tea okay sikit kut. Dalam ini ada dalam, 30 pads. Harga dia pun sebenarnya agak mahal sikit bagi seorang setudent macam sayeww *sigh* 



6. Micellar water 
Currently use : Eucerin Micro-micellar cleansing water

Garnier Micellar Water

  • Micellar water = make up remover. Apply kat cotton pad. Guna ni sebelum ambil wuduk & sebelum cuci muka waktu malam untuk bersihkan make up dan sunblock kat muka. Supaya pori-pori muka tak tersumbat. Kebanyakan sunblock ni water resistant so kena pastikan muka boleh kena air untuk ambil wuduk. 



Kalau korang confuse nak beli produk yang mana satu, boleh pergi cosdna.com. Laman web ini akan beritahu ingredients yang ada kat dalam produk itu bahaya ke tak. Then, korang pilihlah yang mana satu produk yang ada kurang harmful ingredients. 


Kadang-kadang ada kawan-kawan aku yang tanya & minta pendapat nak beli produk apa. Sejujurnya, aku akan rasa serba salah sebab aku selalu nak recommend product Korea je ahaha. Banyak produk drugstore aku tak cuba lagi, jadi aku takut nak bagi recommendations kat orang. 

---------------------------------------------------------------
Untuk sesiapa yang berminat nak belajar pasal skincare, boleh rujuk :

Banyak lagi rujukan lain, tapi yang ni yang best dan selalunya lengkap.


----------------------------------------------------------------

Apapun,
Nak habiskan dulu apa yang ada ini baru nak beli produk baru. 
Baca review-review kat google dulu sebelum beli produk supaya tak menyesal. Buat research dulu. 





P/s : Beritaulah holy grail product yang korang rasa semua orang kena tryy sebab best tak hengaatt & kalau ada produk kat atas ni yang tak best, share jugak takut menyesal pulak aku beli nanti uhuhu





12 comments:

  1. Paah pakai skincare dari shaklee... Sebelum ni pakai safi... Alhamdulillah skang sangat puas hati dengan skincare skarang... Mahal tapi boleh tahan sampai 6-8 bulan...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/25/pemakanan-untuk-penghidap-cyst-yang-sedang-hamil/

    ReplyDelete
    Replies
    1. prnh jugak terfikir nak beli shaklee tp harga dia saya mmg tak mampuu ahaha

      Delete
  2. ada jugak buat entry macam nie tapi masih dalam draf. :D
    BV pun teringin nak guna product2 corsx, n neogen bio peel tu famous sangat, banyak beauty youtuber guna kannn.

    BV selalu layan liah yoo n wishtrend kat youtube, memang best :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. publishh ler, teringin nak baca!

      kita serupaaa

      Delete
  3. yg yellow tu ada juga org pakai dan dia kata bagus.. ahahaha

    akak sekarang ni pakai garnier je lepas tu malam sblm tidur tempek alovera je. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, byk feedback best...
      saya pun peminat aloe vera.. skrg tgh guna the face shop punya

      Delete
  4. Ada juga brands yang tak pernah dengar.

    ReplyDelete
  5. cosrx products serius best! T^T lol iolls guna aloe vera nature republic je as moisturizer... teringin nak laneige punya tapi mahal gilosss. aiseh susah jadi perempuan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laneigee high endd sikit so mmg mahal..
      Cosrx affordable gakla..
      Aloe vera baee

      Delete
  6. dlm banyak2 list ni saya pernah pakai micellar water jekot xD memang currently guna makeup remover yg ni je sbb bagus dan mampu milik :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan micellar waterr, bagus betul siapa yg reka benda alah ni

      Delete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)