Friday, November 11, 2011

Gembira itu سعيد ;)

Assalamualaikum, amacam sihat?


Hari ini hari penghujung segala hari dan kebetulan tarikh agak semart 11/11/11. Ada orang kata tak baik taksub. Erm, saya tak taksub pun, cakap aje. Jangan marah haa ;)

Hari ini perkara yang best berlaku. Alhamdullilah ya Allah. ALHAMDULLILAH.
Nak tau?

Pagi-padi jumpa si mawas,
Tahun depan, aku jadi pengawas.

Blender buah dibuat jus,
Markah pikse aku agak bagus.

Panjat pokok petik mangga,
Oii, aku bukan nak bangga.

Padang jarak padang terkukur,
Gembira-gembira jugak, tapi jangan lupa bersyukur.

Mangkuk besar mangkuk ayun,
Hebat tak hebat aku berpantun?

Raja Ali raja Muruku,
Haa, siapa berani balaslah pantun aku.

Gambar atas ni semua credit : Photobucket.

@Ctmurai, tahniah! & terima kasih sebab banyak ajar aku ;D

Tak lupa semua yang mendoakan aku, mengajar aku, bagi tips kat aku, tunjuk aku apa yang patut, bagi motivasi kat aku.. THANKS A LOT! Tuhan saja dapat membalas jasamu. ヾ(@⌒ー⌒@)ノ

Wednesday, November 9, 2011

Alah, post simple mimple aje..


Assalamualaikum,
Aku fikir hari ini hari Isnin. Kesian gak tengok diri aku ni. Hari pun tak ingat.

Hari ini aku ambil buku teks untuk tingkatan tiga. Rancang nak tinggal separuh sikit kat sekolah, yang lain aku nak bawa balik. Tapi tak jadi, yang jadinya aku bawak balik semua buku, beg pun berat. Kesian aku.. huhu

Tadi ada test mengejut. Nasib baik tak terputus wire kat badan aku ni. Paper Math plak tu. Nasib baik aku terer hentam. Tapi hentam hentam aku entah betul ke tidak. Harap-harap betul lah iya? Sebab memang tak tahu menahu ada exam. Jadi, tak sempat nak belajar. (-.-V)

Semalam birthday Aida. Aku nak wish kali ke tiga ratus tiga puluh ribu kali pulak.

HAPPY BELATED BIRTHDAY AIDA!

Harap kau sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. Tak lupa jugak, jadi anak yang solehah. Sorry ah, hadiah mungkin susah nak menjelma, hekhek

okaylah, aku dah serupa budak kecik dah. Semua benda nak cerita. Aiyoo. Aku risaulah pasal math tuh. Doakan aku "A" Math tau ;)

online using : selain dari komputer. tu yang sakai tuh ;)

Saturday, November 5, 2011

Esok Raya ke? Habislah kau lembu..

Assalamualaikum bapak bapak ibu ibu semuanya,


Nakal betul budak ini. Anak sapolah ni?


Memandangkan esok hari raya korban, lembu lembu, kerbau kerbau, kambing kambing semua buat-buat demam, buat-buat gila, buat-buat mati semualah. Dahsyatlah kau, pandai berlakon. Kenapa tak menang anugerah skrin semalam?

Okay, aku gurau jelah.

Sepatutnya aku bersyukur sebab esok kalau dimurahkan rezeki, dapatlah aku makan daging kau itu. Kau tak perlu risau sebab kau memang akan masuk syurga. InsyaAllah.

Eceh, aku cakap macam ada lembu yang nak baca, hakhak.

Kepada semua readers, blogwalkers, followers aku nak ucapkan..

Selamat Hari Raya Aidiladha!
Maaf Zahir & Batin, ikhlas dari hati <3
Sesiapa yang belum kasi aku duit raya time hari raya puasa haritu bolehlah kasi aku kali ini time hari raya haji pulak. Yang bermurah hati nak kasi dua kali, lagi BAGUS! ceh, aku tak tau malu.


p/s : Raya ini aku tak balik kampung. Sesiapa yang balik kampung itu, hati-hati di jalan raya. Kang, diri yang terkorban bukannya haiwan. Okay, mintalah jauh dari perkara-perkara macam ini. Nauzubillahiminzalik.


Related :
Okay, jom tambah ilmu pengetahuan! Klik link di bawah.
+ Asal-usul Hari Raya Aidiladha

+ Kelebihan melakukan ibadah korban

+ Semua syarat-syarat tentang korban

Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...