Thursday, February 19, 2015

Braces Girl's Perspective : Ice Skating

Assalamualaikum
And, happy holiday brilliant people!


         Sejak aku habis sekolah tahun lepas (2014), aku kira paling berlemak, tak aktif langsung. Nasib ada satu shopping mall baru bukak ada ice skating. Dari situ, bermulalah episod-episod aku mula main ice skating.


Sebenarnya, sebelum aku main ice skating... Banyak benda aku fikir. Kira macam anxiety attack. Aku tak tahu kalau pemakai braces lain, tapi aku masa mula-mula nak ice skating, aku fikir deep dulu. Selamat ke tak hah main ice skating?


Aku risau jatuh je, pastu gigi yang berantai semua jatuh bertaburan.
Amboi kepada imaginasi aku.




Sebab, memang doktor aku ada pesan, hati-hati dengan sports (yang ganas), bahaya untuk pemakai braces. Tapi, hadirnya post ini aku nak tunjukkan yang sebenarnya tak ada problem untuk pemakai braces main ice skating. Selama aku main ice skating, aku dah perhatikan, kebanyakan gaya orang jatuh camni :



Common fall in ice skating



Yang penting, kena pandai kawal cara jatuh. Kat youtube siap ajar cara jatuh selamat. (Ways to fall in ice skating)Bukan nak kata tak bahaya langsung, tapi kalau pandai kawal diri no problem. 


         
              Aku pun baru berjinak-jinak dengan ice skating. Ada satu benda aku nak beritahu, belajar cara jalan ice skating memang rasa susah mula-mula. Kaki tak balance, asyik rasa nak jatuh je. Tapi, sure korang still boleh belajar jalan walaupun sikit-sikit. Kawan-kawan aku, masatu kitaorang pergi sama-sama, walaupun main cuma dalam 4 jam, tapi semua kira dah boleh jalan atas ais. Semangat itu yang kena ada! Yeah!





Apa-apapun, ice skating ni dah jadi one of my favourite sport <3. Bersukan pun perlu kawan-kawan! Ahaha




3 sport sunnah yang aku masih fail. 
Memanah, berkuda, berenang.
Bila agaknya aku nak mahir. Tsk.



P/s : 26 Februari ini aku ada jpj test. Pastu 5 hari selepasnya, result SPM. Ada sesiapa boleh bekukan masa macam bekukan permukaan gelanggang ais? 

braces, ice skating malaysia, ice skating braces, how to fall in ice skating, ice skating, nice ice skating shoes, memanah, berkuda, berenang, archery, swimming, horse riding

22 comments:

  1. saya main kasut roda pon tak pandai, apa lagi ice skating. mesti teruk gila kalau try xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. no no. Kasut roda (a.k.a rollerblade) lagi susah nk bljr jalan & balance brbnding ice skating. try dulu and prcaya kata-kataku ini.

      saya prnh try rollerblade. harom tak gerak. tapi ice skating, lgi senang nak gerak. hehe

      Delete
  2. ice skating kat ioi mall eh?
    aaa takut result nanti... kurang dari 2 minggu dah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish, ni ada kuasa psikik ke apa? yep main kat situ selalu..

      kan.. result spm menakutkan >.< gherr

      Delete
  3. best nya ice skating. nak ikut jugak oiii. T^T
    sejak dulu2 teringin nak skating nie. kakaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha pergilah cari shopping mall yang ada ice skating. Yang setakat saya tahu, ioi city mall, putrajaya, sunway pyramid dgn mid valley.

      Takpun, gi luar negara time winter, ice skate kat pond. Ewah ahaha

      Delete
    2. kita jauh la awk. (menangis tak berlagu)
      hehehe. kalau ada rezeki nnt g sana. hehehe

      Delete
  4. Assalam Aisyah..terima kasih sudi singah di blog sis JM..so ini kunjungan balas..

    Main ice skating di mall baru bukak? mesti IOI mall kan...berapa ye bayaran tu ..per hour or mcm mana...hari tu ada gak cari tapi tak jupe..level berapa eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, kat ioi. ahaha, saya sbnrnya x gemor free ads sbb tu tak tulis detail dlm entry ahaha

      Hari biasa RM23.
      Hari cuti (weekend, public holiday, school holiday) - RM 28
      Glove (wajib pakai) - RM9
      Socks (wajib pakai) - RM6
      Kasut - free

      lagi jimat bawak sendiri.


      best part? no strict hour. suka hati main sampai bila. tp Boleh kluar skjp utk solat. tp kena mintak permission dgn org jaga gates dulu.

      have fun! kehkeh, bawa family/kawan lah best

      Delete
  5. Dekat tempat saya takdak benda macam ni. Kalau ada boleh la try walaupun takreti. Pakai kasut yg ada roda tu pun tersungkoq bila jalan hehe.

    Goodluck for result SPM awak...dan saya jugak hehehe.

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa main ice skate... nak jugakkk... btw, gudluck utk jpj test okayyyyyy... all the best utk result spm nnti (:

    ReplyDelete
  7. kalau rollerblade reti lah, ice skating tak pernah try lagi. mmg teringin nak cuba tapi belum berkesempatan..

    all the best utk jpj test and utk result spm jugak ye. :D

    ReplyDelete
  8. wah.. siyes nmpak best.. sakit tak jatuh ?
    btw, all the best untuk result espiyem nnti... bykkan doa ! :)

    ReplyDelete
  9. cik hana seronok tengok org main ice-skating ni...tp setiap kali nak cuba main mesti menggigil...xdak keberanian lg nak cuba...kehkeh

    ReplyDelete
  10. setakat ni.. belum ada kesempatan lg main ice skating.. :'(
    btw, good luck jpj test nanti.. yaya 23 ni qti.. ahhh..

    ReplyDelete
  11. Selalu tengok dalam TV jewww. Huhuhu Teringin gak nak main. Hehehe =D Btw, gudluck and all the best 4 u dear =D

    ReplyDelete
  12. Wahh, macam best je ice skating ni. Hehe, tapi kalau saya ni malu je lebih... Bukan takut apa pon..

    ReplyDelete
  13. memang best skating ni kan? tapi sejak dah gems ni tak mau main, tunggu kurus takut nanti susah nak bangun hehehehe

    eh anyway kalau free meh singggah blog I k? http://soshesay.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. akak pun minat ice skating, memanah, berkuda..tapi masalahnya jarang dapat involve in sport..n bila stay melaka ni mana datang pula kan ice skating kat sini hahahaha i is sad T_T

    ReplyDelete
  15. rasa loser lak sy xpandai main ice skating. wuwuwuwu

    ReplyDelete
  16. Dah 2x pergi men..bile org ajk lg..hmm mmg mls coz xpandai n trasa diri sgt berat bile bsksting tuh..huhu

    ReplyDelete
  17. Saya sampai sekarang tak pandai ice skating. Memang tak serasi dengan benda-benda macam ni agaknya. Hari tu pergi snowboarding, asyik jatuh je. Orang lain semua okay je. Memang rasa macam kena panic attack. Orang yang mengajar tu perasan.

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...