Saturday, May 16, 2015

Situasi yang SELALU terjadi kepada Lepasan Sekolah



Assalamualaikum £ aluu...


Di dalam kelas....
"Kamu ini, bila dah habis sekolah, mesti dah tak ingat cikgu. Selalu budak-budak kelas depan jarang datang sekolah, jumpa cikgu. Salam cikgu. Semua sombong." 





Bila dah habis sekolah....


Reaksi Guru 

"Eh, kenapa kamu datang sekolah ini?" 

"Okaylah, cikgu tengah sibuk ini." 

"Alamak, cikgu ada kelas lepas ini." 


Reaksi pelajar sekolah (junior) 

"Ehh, akak ini asyik datang sekolah je." *bisik kat kawan*

"Dah habis sekolah, buat cara habis sekolah." *sambil siku kawan*



Ahaha. 
Entri ini entri bergurau je. 


Kita kena faham, cikgu sentiasa sibuk. Takkan nak melayan kita aja kan? Tak cukup ke 5 tahun cikgu layan kita, dah habis sekolah pun takkan nak layan kita lagi kan? (apsal ayat ini macam sedih rasa tersisih pulak ahaha). 


SELAMAT HARI GURU,
BUAT SEMUA GURU DI MALAYSIA!

Guru bukan sahaja ada di sekolah, guru mengaji, guru tadika, guru tuisyen, guru universiti (pensyarah lah bijak), make up guru, dan apa-apa jenis guru (dah habis idea). 


Nah, video favourite aku pasal Hari Guru. 




Terima kasih yang tak terhingga kerana mengajar saya dari tak tahu kepada tahu. Dari tak faham jadi faham. Teruskan perjuanganmu, sebagai lilin aroma terapi yang sangat mahal harganya yang tak ternilai. (cewah suka hati aku je).




P/s : Harap-harap cikgu sekolah aku tak baca blog ini. Kalau ya, saya minta maaf cikgu. Halalkan ilmu dan makan minum saya ;) 



Dah berapa banyak kali aku ke sekolah lepas SPM?
Lebih dari 5 kali,
Sampai aku segan dah nak datang sekolah ahaha.


Cikgu, kalau saya tak datang lama itu bukan maksud melupakan.

Dia bukan di sini *tuju kat mata*,
Tapi di sini *tuju pada hati*.




14 comments:

  1. selamat hari guru...

    jmput singgah blog saya
    http://85mutiarabeauty.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hehehe setuju..
    selalu budak kelas depan kena aim . sob sob sedih hoi..

    sek tetap di hatiku

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula pasal, igt semua budak kelas depan sombong dan ego??

      Delete
  3. Kalau betul-betul baru lepas SPM, perkara biasa kalau asyik datang sekolah sebab banyak benda nak diuruskan. Kalau dah lama sikit lepas SPM, itu yang asyik kena aim je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkeh, saya dtg sekolah sbb jual floralmask kat budak2 sklh ahaha

      Delete
  4. kite pernah, tegur cikgu tapi cikgu buat dek. terus jadi segan nak tegur :P

    Selamat Hari Guru ^^

    ReplyDelete
  5. saya tak penah dtg sekolah since habis sekolah tu. kalau dtg pun masa amek result n amek anugerah je lol.

    ReplyDelete
  6. lepas spm, baru sekali dtg sekolah sebab amik anugerah . hahah. Malu lah nak jumpa cikgu2

    ReplyDelete
  7. Dulu Zumal kalau pergi sekolah mesti sebab nak minta sign pengesahan sijil je... Sekarang tunggu ada event je baru nampak muka ^^

    ReplyDelete
  8. Rindu sekolah! Wawawa hahaha. Selamat Hari Guru!

    ReplyDelete
  9. ada betol jugak tu. terus rindu nak sekolah balik. hahahaa. T^T

    ReplyDelete
  10. saya lepas SPM langsung tak lawat sekolah, masa amik result pon tak datang. haha >.< Teruk gila, hehe

    ReplyDelete
  11. rajin cik xyz dtg sekolah.. kak gee last dtg pun 7 tahun lepas. nampak tak 'sombong' kat situ.. hahaha..

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)