Sunday, September 25, 2011

Makan, makan. Takde kerja lain?

Assalamualaikum orang bumi? ;D

Aku, berhari hari tunggu nak update, tak terupdate-update disebabkan oleh, rumah terbuka yang berlambak, aktiviti itu ini itu ini.

Hari Jumaat,
sekolah buat jamuan Merdeka Raya. Gabung semua kelas dalam satu form. So, jadinya, food heaven. Banyak gila makanan. Nasi ayam, mi kari, mi bandung, kek, eh, macam-macamlah. Kalau aku citer semua, satu entri aku tulis semua pasal juadah je. Tapi for sure, aku tak makan semua benda yang ada atas meja yang panjang tu. Perut aku kan comel. hekhek.

Hari Sabtu lak, aku ada program Hari Puteri. First-first aku memang tak nak datang. Tapi terpaksa gak datang kan. Aku tak nak datang bukan sebab apa, aku nak pergi jamuan raya kat surau. Mega raya pulak tu. Tapi melepas aku tak dapek nak datang. huhu. Tapi, even aku tak dapat datang, tapi aku pergi lagi 2 open house. Sebenarnya, banyak lagi jemputan, tapi tak dapat nak pergi.

Malam tu pula, my kazen yang 2 orang cekenit yang agak nakal tu datang. Terkejut time diorang datang. Sampai-sampai terus berlari naik atas. Haiyoo, nasib kau budak-budak, kalau tidak..

okay, aku harap hari ni takde banyak sangat open house. Sebab aku nak study. Hari Selasa depan dah start kertas English. Final exam pulak tu.

















Aku rancang nak belajar bersungguh-sungguh. =]

No comments:

Post a Comment


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...