Thursday, September 8, 2011

Kena.. pa? *aku private blog jap jer :>

Assalamualaikum! Dear diary.. ergh, no way! *masalah budak ni

Dah LAMAAAAAAAAA sangat aku tak post! Lama sangat aku tak balas jejak.

Lamelamelamelamelamelamelame sungguh aku ni
Dah lama aku tak post semuanya ada punca tersendiri. Wayar komputer telah dicabut. Ni pun aku guna my father tablet. Still tak boleh post gambar, hurmm..

Aku teringin sangat nak post selama ini. Akhirnya, terjadi gak hari ini. Banyak gila kisah aku nak citer. Okay, ce citer.. ce citer..

# Isnin minggu ni,
Aku tahu berita yang agak sedih. Mak Sab meninggal time malam raya. Kau bayangkan Sab raya tanpa maknya yang tersayang. Kesian dia. Really aku kesian dengan dia. Aku tabiklah berspring-spring kat dia. Sab sungguh TABAH! Aku harap akujadi setabah dia. Dia nampak FINE je time hari tuh. ohh, Al-Fatihah untuk mak dia ;'(

Cikgu yang datang ke kelas aku cuma cikgu Bahasa Arab. Then, lepas rehat semua cikgu tak hadir? Whaaattt? Syukur gak about that.

# Selasa minggu ni,
Cikgu banyak juga yang tak datang sebab ada ART ATTACK. Maryam datang ke kelas and dia tanya sesiapa yang nak masuk kem ke ULU YAM resort apa entah. Aku pernah pergi tuh! Akhirnyaaa, Aida yang pergi. Hari ni kemain aku cit-cat tentang ke-AWESOMANresort tuh kat Aida. Best weyh.. Siap ada SWIMMING POOL and GELONGSOR lagi. Hebat tak hingat ;D

ohh ye, aku ada bawa CHOCOLATE CORNFLAKES sekejap je habis kut! sedap sangat! :p

# Rabu minggu ni,
Apa yang aku paling ingat hari ni paling aku banyak makanan. Hari ni ada jamuan Persatuan Pencinta Alam. NASI AYAM! WOWW! Padahal kitaorang tak kena BAYAR sesen pun untuk duit persatuan ni. Tapi aku BERSYUKUR sangat sebab persatuan ni paling ACTIVE and banyak menang pertandingan. Kan best tuh! Tapi aku syok syok makan sampai lupa ada perjumpaan "pengganas a.k.a PENGAWAS" -.-"

# Khamis minggu ni, (hari ni)
Hari ni first day aku bertugas sebagai penggawas kat sekolah aku. Aku jaga kat laluan kantin. Susah woo. Tugasnya kena tahan orang yang nak bawak makanan naik atas. Freaked me out I guess..

Aku kesian gila kat Rai. Ada orang cilok dia punya kertas KH lakaran. Stress gila dia. Tapi dia jumpa gak akhirnya. Entah, its kind of susah nak terangkan. apsal aku sibuk sibuk nak selitkan ayat-ayat English ni? Mungkin sebab lepas baca Diary Of A Wimpy Kid.

okay. tu saja.

Wey, korang tahu tak?
Cikgu kata sekolah awalkan Peperiksaan Akhir Tahun selaras PMR? Whatt??? Rasanya baru habis Ujian Ogos. Aku serius tak bersedia man! Paling tak puas hatinya, lepas PEPERIKSAAN akhir tahun tu ada UJIAN lagik! Ohh no.. kenapalah sekolah aku suka sangat merepek. Sekarang ni pulak semua cikgu nak kejar habiskan semua topik dalam pelajaran. Maklumlah exam akhir tahun tak lama lagi.

Kadang-kadang aku terpikir sekolah ni kejam. Tapi aku kena THINK POSITIVE. Kalau tak lepas sekolah fikir boleh berjaya ke? tula namanya HARAPAN.

Mungkin ada jugak kisah yang aku terlepas dalam post nih. takpe, nanti aku pendai-pandailah edit eyh... ;D

p/s : Dayana dah se-geng dengan aku! Dia pun pakai braces kut. Tapi sebenarnya aku baru pakai applaince.

Okay, aku tahu semua ni kisah boring! Tapi ni semua sejarah aku. Agak boring kan? Whateverr man! Ini untuk SUMBER RUJUKAN nanti time aku besar. So, tata guys. Aku saja privatekan blog. Entah sebab kenapa. Saja kut?

BETTER GET STUDY. BETTER GET FOCUSED.

No comments:

Post a Comment


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...