Sunday, December 9, 2012

Tips Random Hafal Al-Quran




Assalamualaikum


Nak menghafal Al-Quran ini bukan mudah. Bukan senang macam ingat ABC sampai Z. Apalagi aku ini bukanlah pelajar tahfiz ke apa. Otak ini pun bukan komputer. Tengok ayat Al-Quran - save image. Jadi aku nak bagi tips sikit yang aku dapat dari ustaz, dengar-dengar dari kawan, keluarga dan entah baca di mana-mana.




Tips hafal Al-Quran :-


Niat kena betul-betul ikhlas kerana Allah ta'ala. Jangan niat untuk duniawi ; dapat hadiah  contohnya.



   Kalau menghafal sebaik-baiknya kena menghadap qiblat.




Waktu yang paling baik sebelum dan selepas subuh. Waktu lain pun boleh sebenarnya.




Masa menghafal itu, tangan jangan pegang pen ke, rehal ke, biar tangan itu bebas tak pegang apa-apa sebab ustaz cakap dari situ jer boleh hilang beberapa peratus kosenterasi. Faham?




Baca keseluruhan surah yang kita nak hafal itu dahulu dan pastikan tajwid betul sebelum nak mulakan hafalan ayat pertama.




Jaga mata itu. Jangan tengok aurat wanita, tempat kemaluan dan najis ; tahi. Sorry terpaksa cakap jugak.




Kurangkan makan benda "hok ngarut" macam maggi, cekedis dan snek-snek lazat menjilat jari. Makan kismis kan lagi bagus? Tak gitu?



Baca ayat yang hendak dihafal itu berulang-ulang kali. Selagi tak hafal jangan berganjak ke ayat baru.



Berdoa semoga Allah kuatkan daya ingatan kita yang lemah ni.




Kalau boleh, fahamkan makna bacaan. Bagi aku cara ini lebih mudah nak ingat hafalan.




Gunakan Al-Quran yang sama setiap kali nak menghafal. Takut tak biasa kedudukan dan kecil besar tulisannya. Sebab benda macam ni kadang-kadang penting jugak.




Tasmi' : baca balik kepada orang yang dipercayai yang baik tajwidnya. Bolehlah tegur yang mana salah.




Baca ayat 35 dari surah An-Nur sebelum memulakan hafalan :


An-Nur ayat 35  (muka surat 354 - Al Quran)


Allah is the Light of the heavens and the earth. The example of His light is like a niche within which is a lamp, the lamp is within glass, the glass as if it were a pearly [white] star lit from [the oil of] a blessed olive tree, neither of the east nor of the west, whose oil would almost glow even if untouched by fire. Light upon light. Allah guides to His light whom He wills. And Allah presents examples for the people, and Allah is Knowing of all things.



uik, English *gulp*.




Kepada sesiapa yang nak hafal Al-Quran teruskan. Kalau rasa nak mula hafal Al-Quran, mulakan. Kalau rasa tak nak langsung hafal Al-Quran, kena tanam dalam diri azam nak hafal Al-Quran. Walaupun ambil masa yang lama, tak apa istiqamah.




Macam riya riya jangan dengan aku aku pun tak buat. Tak apa kita berusaha dan doa. Sahabat Nabi dulu berebut-rebut nak hafal Al-Quran. SubhanaAllah~ Kita? Bersibuk-sibuk hafal lagu? Terkepit pintu dialah yang terasa, hehe :P



Siapa nak tips BANYAK lagi rajin-rajinkan jari yang dikurniakan Allah untuk search google yer.






Semoga berjaya <3




21 comments:

  1. alamak..
    suke sgt mkn megi.. cane ni cane ni..
    huu

    ReplyDelete
  2. terimakasih berkongsi tips =)
    moga ada saham disitu.

    ReplyDelete
  3. tips yg trbaik :)
    istiqamah yg pnting ^_^

    ReplyDelete
  4. wahhh alhamdulillah...thx kongsi sini ye

    ReplyDelete
  5. wuuhuu...thanks share yee!~ aku ni kekadang...pun susah nak hafal ayat Quran. ><

    ReplyDelete
  6. nice!! i will try utk hafal al-quran.

    at least sikit pun jadi lah. eh result pmr tak lama lagi nak keluar :)

    ReplyDelete
  7. menarik ni..tq for sharing. nk try lah start hafal yg senang2 dulu ^^

    ReplyDelete
  8. yay entry baru!

    :p

    terima kasih miss <3 <3 <3 amik lah 3 lep!

    ReplyDelete
  9. Teringin nak hafal quran.

    duhh part makan maggi tu cam tak boleh elak je. Lol :p

    ReplyDelete
  10. mcam tau2 je apa yg saya nk buat skarang..hehe..thankz for the tips..skarang ni pon cuba nak ingat sikit2 ayat alquran..sis doakan saya ye :)

    ReplyDelete
  11. baguslah tips kau ni ^^ takdela tergagap-gagap masa nak hafal surah dengan Ustaz nanti :p

    ReplyDelete
  12. yang penting , niat tu lillahitaala . jangan menyimpang ^^

    ReplyDelete
  13. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

    ReplyDelete
  14. dulu kan, masa kat sekolah, setiap pagi kami akan berhimpun ramai2 baca yassin. dah sampai brp thun cm tu, sampai la dah buleh hafal. hehehe

    kna baca selalu, nati lupa.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum. thanks sharing! kalau ada lagi, share-2 lagi yah hihi ;)

    ReplyDelete
  16. salam...mohon pinjam gambar al quran di atas... :)

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...