Assalamualaikum,
Aku perasan bila dah habis tahun 2014, aku sedar yang aku susah nak ingat moment-moment kehidupan aku sejak 2013, 2012, 2011... So on. Aku sedar yang "selama aku aku hidup ini, aku banyak buat apa je?" Rasa macam sayang sangat sebab ada folder-folder 'sweet important memories' dalam otak kita yang telah di-delete mungkin setelah aku memaksa otak menerima fakta-fakta SPM, ceh yeyeol ye.
Manusia itu daripada perkataan 'nasia' yang bermaksud pelupa.
(entah-entah amnesia daripada perkataan ini jugak tak? O.O)
^ pls jangan mudah terpengaruh
Nasib baik mak aku bagi aku satu buku diari Islam masa akhir bulan Disember haritu. Mula-mula aku ada tanggapan macam negatif lah pasal diari Islam. Sebab aku ingat dia cuma ada tazkirah / kisah agama sahaja kat depan, tapi sebenarnya bila aku tengok betul-betul, macam-macam ada!
Diari Islam Purple 2015
- kalendar 2015/2016 (semua diari ada)
- setiap page ada sama ada doa/ayat dari Al-Quran atau Hadis
- ada waktu solat pada setiap page
- ada jadual muhasabah kira macam jadual tilawah, qiamulail, puasa & amalan ibadah lain
Apa yang aku tulis dalam buku ini, kebanyakannya apa peristiwa penting yang berlaku dalam 2015. Supaya, di hujung tahun 2015 nanti, bila aku nak ingat balik apa yang aku buat tahun ini (secara kasarnya) aku boleh rujuk balik diari ini (atau buka blog sendiri ahaha).
Jadi, menulislah kalian. Menulis ni tak tepat perkataannya. Tapi catat! Ada sebab kenapa Tun Mahathir Muhammad berjaya. Kenapa? Sebab dia selalu bawak buku nota 555 dia untuk catat. Aku rasa, kalau rahsia pelajar-pelajar cemerlang pun biasanya rajin mencatat nota. Ada sebab cikgu-cikgu suruh catat nota dalam perhimpunan...
Supaya orang macam aku ni tak tertidur dalam perhimpunan...
Sebenarnya, nak tambah jugaklah,
Ada akak ini kata, "Masa cikgu/lecturer tengah cakap kat depan, masa itu jangan gatal-gatal nak tulis, fokus 100% (well 87% sejujurnya) dengan apa yang beliau tengah cakapkan. Bila dah habis cakap, masa itu bolehlah tulis dengan lajunya macam halilintar boboiboy.
Tulis nota itu jangan nak purfek sangat, biarlah cakar ayam pada mulanya, nanti buatlah baru yang lebih cantik (kepada sesiapa yang perfectionists di luar sana). Because waiting to be perfect is ridiculous. Kadang-kadang nak tunggu sampai perfect, last-last kerja itu tak menjadi pun~
Sebenarnya, aku ada buat jugak SPM diari, letak semua result dari form 4 sampai form 5. Bila tengok balik, rasanya bukan tempat aku untuk tidak bersyukur dengan result SPM aku, ahaha. Nak check semula pun tak layak rasanya ahaha.
P/s : Nak tulis kat blog pun boleh jugak. Tapi kalau boleh, nak tulis perkara-perkara 'terlalu personal' lebih baik tulis di blog private yeh..
Penulis-penulis blog/novel/twitter/wtv,
Jadilah penulis yang disayang Tuhan.
Peringatan untuk diri sendiri jugak ;)
kadang2, boleh nampak ngantuknya tu dalam bentuk tulisan. make sure kena baca balik la nota2 tu, bukan setakat tulis je. T_T
ReplyDeleteAhaha deep ni..
Deletetime sekolah ada banyak buku notes. unntuk itu dan ini.
ReplyDeletebila dah habis sekolah tengok balik buku2 notes tu mesti sengih kambing teringat apa yg kita dah buat dulu haha
ahaha, saya pun kdg2 byk conteng je dlm buku, wakaka
Deleteapa yg di tulus takkan hilang tetapi yg ada dala ingatan maybe lost dari radar :-)
ReplyDeletekecuali...
Deletekecuali kalau buku itu hilang, ihiks
eheheeheh...habislah
DeleteTak pernah pula jumpa diari Islam ni sebelum ni.
ReplyDeletehaha xD terasa pula yg bab catat masa kt perhimpunan tu. kekeke. skarang ctatan yg sy buat just byk pasal draft2 dan idea blog. sbb takut nnti xde idea nk tulis entri. hehe
ReplyDeleteAHAHAHA, tak ada niat nak perli ahaha, tp srs klu x menulis time perhimpunan rasa ngantuk...
Delete(kbyknnya lukis je)
xprnh suke tulis diari..
ReplyDeletextau ngape. awl taon beli diari pastu wat pekasam.
haha..
nsb ade blog tp xsume cite dlm blog..
menariknya diari islam tuh.. :) *saya suka saya suka* sy dulu suka beli diari. tapi tak pernah nak guna. sebab tak tau nak tulis apa. (hok aloh) hha.. and, betula lah tu .. kalau ckgu ckp apa2. jgn sibuk tulis.. sbb sbnrnya kita tak 100% fokus time tuh kalau sambil menulis.
ReplyDeleteMasyaAllah, bagus nya ibu awak bagi diary tu :') and yep ! catat nota seriously boleh buat less mengantuk dalam kelas tau... tapi kalau dah mengantuk tu, ada je contengan pancaran matahari kat atas buku tu. Satu hapak pun tak paham nak baca :p hahahaha
ReplyDeletesama suka menulis. tiap tahun beli diari. last2 kosong je gitu.. ahha adoy
ReplyDeleteelok ada diary or planner.. lebih organize..
ReplyDeleteakak pakai notebook biasa saja.. scribble anything bila terlintas..
Hai Miss Xyz @ Aisyah (yeke?)
ReplyDeleteSy dah lama tak tulis diari.. Makin tua makin malas pulak rasanya.. Hehehe ^_^
Huda tulis diari dlm buku nota biasa.Sebab susah dikesan..kikiki.takut org baca.tapi Huda tak tulis benda personal pun.Buat dan ubah apa yg tak patut kita buat setiap hari.Serius,firdt time Huda tahu kewujudan diari islam. ^^
ReplyDeleteteringin nak beli...
ReplyDeletetapi kalau saya ada buku nota, saya akan simpan.. sebab sayang giler nak guna..
haha ^^