Sunday, March 22, 2015

Dulu TAK pandai telan ubat pil

weik, geli. 




Assalamualaikum dan aluu~



         Aku sejak akhir-akhir ini kurang sihatlah. Demam, batuk & kadang-kadang selesema. Biasalah kalau demam kena makan ubat pil.. Aku masih lagi ingat betapa susahnya aku nak telan satu biji pil. Kira macam penyeksaanlah. Lagi-lagi ubat demam (paracetamol), bentuk bujur, gemuk pulak tu. Ditambah pulak, sekarang ini aku kena dos ubat 2 biji, hmmm pengsan.



Dulu, aku selalu mintak ubat air je.

Sehinggalah... Masa itu umur aku form 1. Aku cakap kat mak aku, nak ubat air. Tak silap aku, doktor pun kata, "aik dah form 1 nak ubat air lagi..?"  Selalunya ubat air ini dia bagi untuk kanak-kanak je. Aku masa tu rasa geram gaklah, kanak-kanak je ke boleh ubat air warna oren tu? Selalu kalau demam dia kasi antibiotic sekali. Dan, kena habiskan antibiotic tu tak kira apapun.


Aku rasa, aku memang susah nak makan ubat.



                          Masa umur 3/4 tahun, aku tak nak makan ubat. Pastu mak aku campurkan ubat dalam susu. So, susu aku jadi warna merah. Memang taklah aku habiskan susu aku tu.



                         Then... Bila dah form 1/2,
Aku tak reti lagi makan ubat pil. Mak aku tumbuk (bukan deadly punch) guna 2 sudu, pastu dia akan jadi serbuk. Letakkan air sikit, pastu minum. Serius, cara ini seksa gila sebab ubat pil kalau serbuk memang, MEMANG PAHIT okay! ubat air pun ada lah jugak rasa sedap dia walaupun sikit.


                          Rasanya, aku dah boleh makan ubat pil masa form 3 kut.
Haa gelaklah. Aku pernah dengar budak 6 tahun dah boleh makan ubat pil. Itu pun kan, aku telan ubat pil macam budak tersangkut 50 sen dalam tekak. Gaya macam nak muntah pun ada jugak. Aku rasa ubat paling senang nak telan, ubat selsema, selalunya saiz dia kecik je.



                          Aku tanya kawan aku, Saza.
Bila start makan ubat pil? Dia kata masa umur dia 10 atau 11 tahun. Itu pun ayah dia sumbatkan pil dalam pisang, jadi dia tak perasan bila dia dah makan pisang itu.

Aku rasa idea ayah Saza ini paling kreatif.
Sebab aku tak pernah dengar orang buat camni.

Orang zaman sekarang bosan sebut pishang. 
Kenapa ye?



Lagi satu, jelum ini boleh sejukkan badan yang panas itu.
3 cara jelum masa demam yang aku pernah cuba.

1- Air beras
2- Asam jawa dan kelapa parut
3- Campuran bunga raya, daun bunga raya, sebiji bawang kecik dan limau purut (kalau ada)



Kalau lepas jelum ini, rasa lega sikit.


            Sekarang ini musim demam agaknya.. Kawan aku, Sab, Dira dengan Nabilah pun demam bulan ini. Takpelah, sabar. Sakit ini kafarah dosa. Sesiapa yang demam kat luar sana, jangan tinggal makan ubat, banyakkan minum air kosong dan berehat. Ubat ini bukan asbab kita sembuh, tapi itu satu ikhtiar untuk sembuh, semuanya datang daripada Allah jua.







Ubat selalu putih je kan? Hmm kalau warna-warni pun aku tetap susah nak makan jugak, hmm. 






Syafakillah untuk diri sendiri

12 comments:

  1. saya mula mkn dalam darjah 5 camtu. tu pon lewat katanya.xD nak makan pil ni kena ada teknik nya juga. Masukkan ubat dlm mulut lepas tu cepat2 minum satu teguk air, kena bagi ubat tu macam terapung dan alihkan ubat tu sampai dalam2 biar sng nk telan . kalau x nnti ubat tu cair dan rasa pahit.

    Suka makan ubat kapsul, walaupon besar gila -,- at least x pahit. *balas esei BM* :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, tula teknik yg saya gunakan, uhuhu tula bunyi dia mcm nak muntah ahaha. skrg dh okey dah, Alhamdulillah..

      Delete
  2. tak ingat dah bila start makan ubat pil, tapi rasa macam okay je, boleh la makan :D hehe, saya biasanya tidur je kalau demam ni, paling seksa bila selimut comforter kena catu sbb nak bagi haba keluar. lagi seksa bila kena angin sejuk. fuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, cara ni mmg bagus..
      Tapi saya mmg tak dapat nak buat sbb sejuk sikit je rasa mcm satu bdn menggigil. Jadi saya pakai baju cotton yg sejuk, duk dalam bilik tak psg kipas, tak berselimut. Ehehe

      Delete
  3. samalah kita tak pandai telan ubat bentuk pill mula-mula :-)

    ReplyDelete
  4. Hehe..sama la..aish pun tak gemar telan pil..lepas tau ubat ni ada kesan jangka masa pjg, lagi la berchentaaa nak telan. Apa pun, jaga kesihatan diri kalau boleh elak la dr sakit so takde la kene telan pil :p

    ReplyDelete
  5. sampai sekarang takpandai makan pil. T^T
    ada tips tak? dulu BV slalu buat macam tu jgk, belah dua n pecahkan. :3

    ReplyDelete
  6. Saya pula generally memang tak pandai dan tak suka makan ubat. Tak kisahlah ubat cecair ke ubat pil ke. Selalau kalau tak sihat, tunggu je sampai sihat.

    Moga sembuh cepat ya! ^_^

    ReplyDelete
  7. woah!!! kreatifnya sumbat ubat dlm pisang. haha. pisang rasa maniss.. jd xrasa ubat.. uhh.. actually, yaya dah mcm biasa dah mkn ubat.. :'( sejak kecil yaya cepat jatuh sakit.. paling bnyk makan ubat lepas kena bedah haritu.. situ lah mulanyaaa

    ReplyDelete
  8. Kita sama , tak pandai makan ubat . Masa form 1 still nak makan ubat cecair . Tak nak makan pil . Masa form 4 kot baru boleh makan . Bak kata awak . Macam tercekik 50sen hahahaha

    ReplyDelete
  9. Sy pun dulu2 x pandai gak telan.. Tp la ni dah ok.. Ni sy ajarkan caranya ye..


    http://sejahteraselalu19.blogspot.my/2016/06/petua-cara-mudah-telan-ubat.html?m=1

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)