Thursday, March 5, 2015

Jangan malu untuk MOHON!

Assalamualaikum



         Sekarang ini, budak-budak lepasan SPM/STPM semua macam kerani isi borang. Tak kurang juga, ada yang jadi researcher, buka laman web satu-persatu. Copy paste, taip lagi, search lagi. Network connection makin bertambah. Musim-musim camni jangan hairan kalau Ali (watak fictional) boleh kenal kawan ayahnya punya sedara punya jiran. Kaunselor tak berbayar jangan cakap, berlambak ahaha. Semuanya bersungguh-sungguh memikirkan masa depan masing-masing.


Ke ada yang still duduk relax,  tunggu depan peti surat rumah tunggu tawaran?







Kita manusia, kena belajar daripada alam. 
Secara logiknya, tak mungkin seekor singa dapat makan kalau dia tak mengejar mangsa dia (rusa). Anggaplah kita seekor singa yang laparkan ilmu nak masuk universiti/tempat belajar lain dan borang-borang itu adalah mangsa yang kita kena kejar sebelum tarikh tutupnya. Kira sebelum rusa itu expired lah. 

Haha, maaflah metafora aku memang camni. 




Lepas dah mohon biasiswa/universiti semua itu, 
Jangan lupa pulak mohon dalam doa-doa kita supaya dimurahkan rezeki dan diberikan peluang untuk timba lagi ilmu. Jangan sombong dengan pencipta. Sebenarnya, Allah tahu apa yang kita nak dalam hati, tapi Allah mahu kita bersungguh-sungguh minta pada Dia. 





 Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah diri mereka sendiri. 







Senarai biasiswa di Malaysia - klik sini
Untuk sesiapa yang still lagi bersedih, klik sini

Siapa ada maklumat lain yang rasa macam penting untuk lepasan SPM/STPM, jangan segan-segan untuk share ye, ehehe.

9 comments:

  1. inshaALLAH. semoga dipermudahkan semua urusan.
    nak belajar kat mana nie? (sibuk je nak tau) :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin~
      saya ingat kalau boleh nak sambung kat Usim.

      Delete
  2. Afterschool.my tu memang bagus untuk budak-budak lepasan SPM. Harap ramai budak akan fully utilize kan website tu.

    ReplyDelete
  3. kene fikir hala tuju lps SPM..
    xleh duk rilex sambil mkn kuaci dh..
    haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhuhu tula siang malam memikirkan masa depan. Moga Allah permudahkan urusan ;)

      Delete
  4. dah takde benda yg kena relax duk depan peti surat sebab semuanya online sekarang ni nak taknak kena gerak haha
    memang sekarang ni tengah musim nak buat research pasal university kos bagai dgn nak ready untuk interview lagi semua tu mendebarkan haha

    ReplyDelete
  5. Lepas spm ni..semua kita kena search sendiri.Dah takde cikgu yg ajar kita.Usaha tangga kejayaan..rindu nak sekolah balik.hehe

    ReplyDelete
  6. apply saja semua.. selagi ada..
    cem akak ahahaha.. lepas tu semua sangkut mari terus pening..
    nak nangis tatau nak pilih mana satu..

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...