Wednesday, March 11, 2015

Aku TAK boleh jadi Doktor Veterinar!

Assalamualaikum

eii, gewam tengok.



       Selalunya kalau orang yang tak boleh jadi doktor haiwan ini, orang yang ada alahan takpun dia geli dengan  haiwan itu. Contoh macam sesetengah gadis yang berlari bila nampak kucing lalu tepi meja makan kat restoran. Jangan tak tahu, ada kawan aku ini lelaki pun, lari lintang-pukang bila nampak kucing. Serius, gua tak tipu. Ada jugak orang yang trauma, mungkin dulu pernah kena kejar dengan anjing atau kena cakar dengan kucing. Tak kurang jugak, ada yang tak nak kena pegang haiwan cam anjing / vavee.



As for me,
Aku tak boleh jadi doktor haiwan sebab..
sebab aku terlampau sayang haiwan.



Aku rasa aku tak sanggup nak bedah haiwan. Kalau haiwan dalam keadaan teruk, aku rasa mata aku dah mula berair. Kiranya dah tak boleh buat keputusan masa itu. Aku kalau boleh memang teringin sangat-sangat jadi doktor haiwan. Pekerjaan yang mulia dan susah bagi aku sebab doktor haiwan kena baca expression, behaviour haiwan. Haiwan bukannya satu jenis. Berlambak! Dan setiap itu doktor haiwan kena mahir dan tahu.



Bagi aku, aku salute siapa yang jadi doktor haiwan. Sangat.


Bayangkan seekor harimau yang kesakitan (+ garang), tak ke membahayakan doktor haiwan ini?


Dan aku pernah nangis sebab kucing aku mati kena langgar dengan kereta yang aku sendiri dalam kereta itu. Arghh, senang cerita aku memang ada soft spot untuk haiwan. Tak kisahlah haiwan itu anjing ke gorilla. Tapi satu je haiwan yang... yang aku paling GELI  ialah vavee. Euw.


Aku pun ada jugak takut certain haiwan macam haiwan berbisa dengan haiwan liar. Tapi rasanya, semua manusia juga ada rasa takut itu. Unless kalau tarzan dalam hutan, mu kesah apa dok?




T^T tak boleh tengok kucing camni.. 





Fakta
Aku pernah bela kura-kura, ikan, arnab, kucing. Masih lagi normal sebab tak bela ular, singa, harimau, atau monyet di rumah. 




Siapa yang rajin tengok video haiwan kat youtube, angkat tangan! Ahaha





Itulah video favourite masa lapang aku.
ehehe. 
Sayangilah makhluk inesen tanpa akal ini ya <3




16 comments:

  1. T.T jangan la tunjukkan gambar kucen mcm tu. huwarkhh. sedih tau. fyi, kt rumah akak skrg ni ada 12 kucen. oh my. banyak nyerr..

    ReplyDelete
  2. oh ye, pernah tau akak ada baca cerpen ( buku teks sekolah form 3 ) cerita pasal kucing kena pukul la, sepak la. sampai akak menangis baca cerita tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknya kucen akak ada 12! Saya cukuplah hanya 2, tu pun yang sekor tu tak kasi lagi sekor masuk rumah.

      Nasib baik zaman saya dh tukar buku teks sklh, klu x, mahunya nangis masa exam ahaha

      Delete
  3. akk xminat nk jd doktor haiwan..
    doktor org pon akk xminat..
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha kalau semua orang minat jadi doktor, sapa nak jadi pesakitnya, ye tak? Ehehe

      Delete
  4. sy pun pernah bela kura-kura, ikan, arnab, kucing. tambah sikit lagi. pernah jgk bela ank musang dan kera.

    drpd pencinta kucing

    ReplyDelete
  5. jadi doktor haiwan memang seronok, kalau setakat suntik-suntik, tapi kalau datang dengan darah, sy pun boleh pitam...hahaha, bau darah je, rasa pening...hahaha

    ReplyDelete
  6. harimau tu kena bius kot. hehe. sy pn pernah bela musang mcm orang kt atas tu. wakaka. tp kecik je.

    sy pnah nangis bila guinea pig sy yg umur dalam 2 hari kena gigit dengan kucing sampai mati :'( rasa menyesal sangat pergi bawa diorang keluar dari kndang untuk main2.

    lepas tu sedih sgt bila nmpk mak dia pergi jilat2 darah kat tengkok tu. and sy pn cuba lap dgn tisu, but syg nya anak guinea pig tu dah teruk sgt, xboleh angkat kepala dah. lepas tu terus dia mati :( terus sy tanam dia smbil nangis2.

    nasib guinea pig yg dua lagi selamat. smpi sekarang pon hidup ^_^

    ReplyDelete
  7. BV pun suka sangat ngn binatang. kecuali cicak la. hahaa. :D
    makbapak pun jenis suka binatang, :) BV sangat suka kucing. memang sensitif sangat ngan binatang nie. apatah la kalau ternampak kucing/anjing tepi jalan. mesti sedih bila terfikir macam mana la dorang nak cari makan. T^T

    kalau tengok movie cerita tentang dorang nie mesti cepat je air mata nak kluar. T^T
    dulu masa kecik pernah nangis sebab baca buku cerita tentang kucing yg mati sebab selamatkan bayi daripd kena patuk ular. hahaha. TT^TT

    ReplyDelete
  8. my fav hamster died masa hari nak masuk kolej sec sem haritu :') apa apa pun having her for 3 years for a dwarf hamster pun dah buat diri ni rasa happy cuz dwarf hamster memang tak panjang umur. and dah tanam pun kat depan rumah. saynag potts :'( semoga dia happy kat tempat yang lebih baik sana ^-^

    ReplyDelete
  9. doktor haiwan pun macam kena handle dgn anjing etc tu. ;D tak sure sgt pasal ni, tapi kena veterinar kena get prepared lah sbb anjing pun one of famous pet kan :D

    ReplyDelete
  10. anyonyoooo somelll sangat tau, sama laa kita dik penyayang dekat haiwan, akak pun pernah je menangis macam orang gila masa arnab and kucing akk mati T_T bila teringat je sedih balik sampai rasa taknak bela or tak nak rapat dah dengan mana2 kucing, sebab takut terjatuh sayang pastu sedih terlampau bila apa2 yang tak diingini berlaku kat kucing akk tu nanti tsk tsk

    Kalau experience merawat haiwan ni, since akak in meds field (doc), akk pernah juga jahit luka kucing sendiri, sebab masa tu klinik haiwan tutup, time tu laa pun kucing tu nak bergaduh2 sampai perut dia terkoyak berdarah2 bagaiii haishhh, jadinya apply apa yang belajar untuk rawat manusia tu dekat kucing..miahahahaha..so far sekarang sembuh dah kucing tu..best rasa bila dapat berkhidmat untuk haiwan haha, puas hati rasa.

    Awak ni sama macam adik akak, dia sayang haiwan, tapi dia takut nak rawat, dia tak leh tengok kalau kucing tu terluka etc huuuu..

    ReplyDelete
  11. Saya pun ada soft spot untuk binatang. Lagi-lagi kalau kucing. Masa kucing pertama mati, menangis gila-gila sampai demam 3 hari. Over sangat bila fikir balik.

    ReplyDelete
  12. ya Allah. comel gambar kucing tuh.. haha.. yaya pun pernah nangis disebabkan kucing mati.. mati sebab sakit.. sedih sgt.. lagi-lagi dia menghembuskan nafas terakhir atas pangkuan yaya.. nak-nak takda orang dekat rumah selain yaya.. huh.. T.T

    ReplyDelete
  13. akak suka binatang ehehe.. dulu bela hamster cirit birit hantar kat vet..
    vet kasi makan ubat.. tidoo terus cute nye ehehe..

    samalah kiteee suka kucing.. tapi akak xde bela pun.

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...