Friday, March 6, 2015

Menyesalkah aku tak mohon Asrama?


DM as in 'dewan makan' dalam dictionary budak asrama.





Assalamualaikum


            Balik je rumah dari 3 Mac lepas ambil result, twitter timeline dipenuhi dengan ranking SBP dan MRSM. Aku sebagai pelajar harian biasa hanya mampu lihat sekilas lepastu teruskan scroll. Kecuali kalau tiba-tiba terselit nama sekolah aku, yang pasti aku akan retweet berulang-kali. Punya bangga dengan ranking. Yang aku dengar, kalau sekolah berasrama penuh, tak mustahil kalau satu sekolah mampu mencapai 90 orang pelajar straight A's tapi kalau sekolah harian, nak jejak jumlah 10 orang pun susah. 


Masa itu aku terfikir, kalau 2 years back aku mohon asrama dan eventually masuk asrama, mesti results SPM aku lagi baguskan? Asrama dengan jadual tersusun, dengan kelas prep dan kelas tambahan semuanya telah diatur buatkan aku rasa teringat jadual aku yang messy dan belajar bila mood aku datang. Masa belajar aku pun tak berkualiti sangat sebab disulami dengan baca & reply whatsapp ahaha. 


Tapi aku nak cakap kat sini, 
Aku tak menyesal yang aku tak mohon asrama. 

Terus terang aku katakan, ini cuma pendapat aku sendiri sebagai pelajar harian biasa. 


1. Free will
Budak sekolah harian ada masa yang bebas, dan aku adalah boss pada masa aku sendiri. Sama ada, malam itu aku nak study atau main kucing, semuanya terletak pada aku. Dan free will ini kekurangannya, terlalu bebas sampai masa banyak terbuang begitu sahaja. Aku bersyukur bila teringat yang aku tak perlu nak fikirkan idea menipu kalau malas nak pergi kelas prep ahaha. 



2. Simpan duit
Setiap hari, duit belanja aku RM5 sebab sekolah dari pagi sampai petang. Cubalah tanya pelajar lain berapa duit belanja setiap hari. Jangan terkejut kalau ada budak sehari je mak ayah kasi RM50. Bagi aku, RM5 itu selalunya sama ada RM1 atau beberapa duit syiling aku boleh simpan dalam sehari. Kalau untung lagi, kalau ada jamuan ke kat sekolah, boleh terus simpan RM5! Mesti korang gelakkan aku, simpan RM5 pun bahagia. Salah satu sebab aku rindu sekolah, ialah sebab aku rindu duit poket setiap hari~ 

Tapi...
Aku yakin pelajar asrama lagi banyak duit dapat kan? Tapi rasa selamat tak duit itu simpan kat asrama? Ehehe.



3. Beban tugas
Katakan, kalau sehari itu aku terpaksa pergi satu program yang sangat sibuk. Tup tup, esok nak sekolah. Baju tak basuh lagi. Tudung tak seterika lagi. Di sini, peranan ibu masuk in action. Ahaha. Seorang ibu ini jiwanya lembut. Okaylah takpun seorang ayahlah yang akhirnya menolong korang untuk seterikakan baju. Rare jumpa ayah gosokkan baju. Ayah aku pun tak camtu ahaha. Tapi aku yakin pelajar harian ini selalu kat rumah washing machine je basuh. Eh, jangan tak tahu kat asrama pun ada washing machine tau. Ada dobi tau. Betul, tapi ada ke washing machine kat rumah yang kena beratur & letak duit syiling? Ehe.




4. Family - kawan - guru
Untungnya pelajar harian, keluarga, kawan dengan guru, tiga-tiga sekali dapat seimbangkan. Kalau tengok pada situasi asrama, masa dengan family itu akan jadi kurang sedikit. 



5. Kepercayaan dan jawatan
Antara salah satu yang aku paling bersyukur sekolah harian biasa ialah, aku diberi peluang untuk masuk pertandingan, pegang jawatan dan masuk banyak program. Bunyi macam aku gila kuasa kan? Bukan gila kuasa, pandai cari peluang? entah, tapi lebih kepada rezeki. Dalam satu-satu sekolah harian, bila cikgu buat pertandingan, nak-nak kalau contohlah pertandingan taranum, dan dalam sekolah itu, kau antara satu dalam seribu yang ada bakat taranum. Setiap kali ada pertandingan, orang pertama yang akan cikgu cari adalah kau. Cubalah tolak macam mana sekalipun, at the end of the day, kau mendapati diri kau masuk pertandingan itu. Point aku kat sini, persaingan kat sekolah harian tak begitu dahsyat. 




6. Stress 
Aku pernah tanya seorang kawan dari kelas yang paling pandai dalam batch aku. Aku tanya dia, "kau stress tak duduk kelas ini?" Dia jawab, "Mestilah stress. Semua orang dalam kelas ini pandai-pandai, aku seorang je yang biasa-biasa." Bayangkan sekolah harian pun macam ni, apatah lagi asrama kan. Cuma apa yang aku dapati, bila benda ini berlaku, selalunya pelajar itu semakin semangat belajar. 



**********

Apa yang boleh aku katakan kat sini, aku minta maaf kalau aku buat mana-mana budak asrama rasa marah. Rasa apa yang aku cakap ini menjengkelkan. Ahaha, puas hati aku. Jujur, aku pun cemburu tengok korang sama-sama rajin, sama-sama berjaya masa SPM. Tengok masa korang buat solat berjemaah sama-sama lepas itu nanti makan kat dm sama-sama. Perhati dari jauh yang korang ada masa tetapkan untuk belajar sementara aku, aku kena plan masa sendiri. Itu pun belum tentu aku buat apa yang aku plan. 



Fakta tentang aku
1- Aku pernah merasai duduk asrama kat sekolah apa-entah-namanya (sebagai tetamu untuk pertandingan) masa darjah 5.
2- Aku pernah merasai duduk asrama kat Universiti Teknologi Petronas (sebagai tetamu untuk pertandingan) masa darjah 6. 
3- Aku pernah merasai duduk asrama kat Sekolah Berasrama Penuh Sharifah Rodziah (sebagai tetamu untuk pertandingan) masa tingkatan 5. 


Walaupun aku cuma stay dalam 4 hari, tapi aku still suka "perasaan" duduk kat asrama dengan masa yang begitu terurus sekali. Itu jelah yang pelajar asrama paling win, masa terurus untuk belajar. 



7. Dan... Kalau aku pergi asrama, tak mungkinlah aku boleh sekelas dengan depa ni. 
احبكم - 사랑해요








P/s : Aku tertanya-tanya, lepas ini, asrama mana pulak yang aku akan jejakkan kaki? Orang kata, kalau, first year university dan matrikulasi kena duduk asrama. Wah wah~ Boleh ke aku survive nanti? 





12 comments:

  1. Awwh good luck ya nanti ke asasi or matrik. Trust me you can. Asrama di uni/kolej lain dgn asrama di sekolah. I was a boarding school student. All i can say it depends on orang juga. But for me, yep lacking of time dgn family tu sangat betul :/

    ReplyDelete
  2. i'm thinking of the opposite :)

    hmmm, setuju sgt yang sekolah asrama ni terjaga sikit masanya, sebab setiap hari ada aturan bila nak sarapan, bila start kelas, prep petang, lunch, dinner. tak yah risau bab makanan pun ye jugak. akak naik berat bila duduk asrama. makan 6 kali sehari, pastu salah sendiri sbb tak suka riadah masa tu. :D

    dah duk jauh dari family, hampir 12 tahun. hmm, lama pulak dah rasa, patutlah bila bgtaw mak ayah yg akak nak mintak kerja sabah sarawak, terdiam diorang, pastu muka sedih. :D

    nanti awk dah masuk kolej/uni - selamat duduk asrama or rumah sewa :D boleh je survive. insyAllah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe asrama is fun in its special own way.. bab makan bab kawan bab pengurusan diri.. hehehe itu semua mmg ajar kita jadi better person..

      Delete
  3. saya sbg orang yg pernah duk asrama tak menafikan point2 diatas. tapi nak lebih tepat sekolah berasrama penuh yg banyak saingan macam tu. kalau asrama sekolah biasa2 jee banyak saingan jugak tapi tak setinggi dan sebanyak kat sbp.
    ada jumpa gak tweet pasal dak sbp mrsm bagai tu tapi takpelaa kita kena bangga dimana tempat kita berpijak kerana walaupun tempat kita pijak tu tak sehebat tempat orang lain tapi tempat tu laa banyak mengajar kita banyak benda kann :)

    ReplyDelete
  4. Pernah rasa duduk dekat asrama selama seminggu masa form 1. Lepas tu, terus keluar sebab tak tahan dengan pressure.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe ini cute.. time form one memang muda remaja lagi..
      at least bila form 4 cem okay sikit =)

      Delete
  5. BV pun bukan dr asrama. sebab taknak masuk asrama dulu, peraturan ketat. :D atleast kat hostel u boleh la bebas sikit. takdak curfew sangat. :)

    ReplyDelete
  6. tahniah.. tak masuk asrama pun xpe.. janji kita bljr betul2

    ReplyDelete
  7. kalau sy duk asrama atau camping.. (apa2 la asalkan bukan tidur dekat rumah) mesti sakit.. hahahaha..

    ReplyDelete
  8. sama saja adik oi boarding school dengan daily basis.. eehe.. akak kalo ada peluang patah balik masa pun tanak masuk mrsm.. ahaha.. terseksa jiwa eventho mmglah lebih tratur jadual.. akak stuju dgn all the points diatas kalo x masuk asrama..

    i prefeeeer to be free daripada restricted dengan rules..
    tapi anak sorang nak kena ikut jugalah cakap mak ayah.. jadi anak solehah..

    ReplyDelete
  9. terjumpa posting ni..anak dpt tawaran mrsm emm..hampeh la pujuk2 x mo pergi sbb takut duk asrama..f1..akak redha dan anggap itu rezeki org lain huhuhu

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...