Saturday, February 15, 2014

A promise is made

Assalamualaikum dan ohayo~


Badan aku masih sengal-sengal ini. Sakit lepas habis fun run (merentas desa). Inilah akibatnya, dah lama tak lari, badan jadi shock. Lemak bergantungan pun kini berciciran secara tiba-tiba. Akibatnya, badan jadi sakit-sakit. On the bright side, aku berjaya dapat top 15 Perempuan bawah 18 tahun untuk fun run. Alhamdulillah (sambil urut-urut kaki)


Dan,
Hari itu jugak, last day untuk pengetua sekolah aku. Aku pelik betul, tahun aku nak periksa ada sahaja perubahan. Nanti ada pengetua baharu (cehh tatabahasa jaga itu) datang pula. So, aku pun bersalamanlah dengan pengetua.

"Cikgu, terima kasih cikgu."
Pengetua peluk aku. 

"Janji eh Aisyah, kamu kena dapat straight A's untuk SPM." Pengetua pandang aku. Berharap.

"In Sha Allah. Cikgu jangan lupakan saya." sengih. 

"Tak, saya tak lupakan Aisyah." 

From that day, 
A promise is made. 
Walau apapun janji tetap janji. "A promise is made anyway. Deal with it." 


Pengetua ini, adalah satu-satunya pengetua yang ingat nama aku. Orang putih kata, the one who remembers me by the name. Batch aku ini, dah 3 kali tukar pengetua kat sekolah. Dan semua pengetua itu berpindah tahun semasa aku ada peperiksaan besar, masa PMR dan yang ini SPM. Agak-agak, pengetua baharu ini, tahu nama aku ke? Garang ke? Lelaki ke perempuan?


Persoalan terbesar sekali,
Boleh ke aku tunai janji aku? 


*Buat sesiapa yang tak tahu atau tak sedar atau lupa ada SPM tahun ini. SPM 2014 dicepatkan pada 3 November 2014. Tetapi tarikh bergantung kepada pindaan  Lembaga yang menakutkan iaitu Lembaga Peperiksaan. Boleh rujuk google atau guru-guru yang berkenaan.*

Saturday, January 11, 2014

Perlu ke niat?

"Niat kamu nak ke sekolah untuk apa? Untuk jumpa boyfriend girlfriend? Untuk dapat straight A's?"

"Niat ke sekolah mestilah kerana Allah sebab kita nak pelajari ilmuNya. Setiap hari kita kena perbaharui niat kita."

Yup, tajdid niat.

Kenapa kita kena jaga niat kita? Kenapa kena tiap-tiap hari perbaharui niat dan betulkan niat yang tak berapa nak betul itu? Dan aku.. ketika itu masih samar-samar akan jawapannya.



"Jaga niat kita setiap hari. Tentukan kerana Allah. Jika tidak, kita tidak akan sampai pada Allah. Alangkah sia sianya hidup kita dan alangkah sedihnya apabila sampai dipadang mahsyar dan melihat akaun kita kosong kerana tidak niat kerana Allah." (source)

***


"Niat itu urusan hati. jaga niat berarti jaga hati. jaga hati berarti jaga pikiran, perkataan, dan perbuatan. dan jaga pikiran, perkataan , dan perbuatan itu ga mudah. tapi ga mudah bukan berarti ga bisa." (source)

***


"Ibn Qayyim rahimahullah talks about this, in terms of tazkiyah, he says, you have to focus on WHY you are doing this, and for WHOM you are doing this for, instead of exactly WHAT you are doing. Because you see, exactly what you are doing is a means to an end."  - Shaykh Abdul Nasir Jangda (source)




"Ohh."
Jadi, niat ini dia berkait rapat dengan soal ikhlas. Contoh masa kita kecik-kecik, mak atau ayah kita mesti suruh kita puasa penuh dan kalau kita dapat puasa penuh nanti mak ayah akan kasi duit raya berapa banyak hari yang telah kita puasa.

Persoalannya, niat kita puasa itu sebab duit raya ke sebab Allah?

Jadi, fahamlah aku di sini yang niat itu penting. Tak guna buat amalan banyak tapi niat hanya nak menunjuk-nunjuk pada orang, bangga pada orang oh dan riak. Sia-sia buat amalan setinggi gunung, tapi niat nak menunjuk. Tak patut, tak patut *geleng kepala*

Dan kena ingat juga, niat yang baik tak menghalalkan cara yang salah.



Jadi, apa kata tahun ini kita jaga niat kita di awal, semasa dan di akhir proses, sama-sama?





Tuesday, December 31, 2013

Entri terpilih sepanjang 2013!

Assalamualaikum dan say big BIG hello to 2014!




Top 3 Famous Entry
<3 Aisyah Syakirah contoh remaja Islam kini? (rating and komen tertinggi)


Paling tak percaya, entri Aisyah Shakirah yang dapat carian google (antara yang tertinggi). Mungkin bukan blog aku yang famous, nama Aisyah Shakirah tu sendiri yang famous, untunglah.


Top Motivating Entry
<3 Asyik hujan je mana pelangi
<3 Langit tanpa tiang
<3 Senyum itu free

I won't really call it motivation but sort of I guess, hehe.


Review
<3 City of Bones
<3 Rasulullah is my Doctor


My Favourite
<3 Penulis yang berkuasa

Kenapa aku suka entry ini? sebab aku sendiri pun penulis. Jadi, ini macam little reminder for myself as well for you guys too. Dah kenapa aku berojak-rojak ini.


Entry aku yang aku fail nak buat apa yang aku tulis ialah entry (Disember sudah tiba). Dalam post itu, aku kata aku nak study. Well, the real thing is, I study a little, I enjoy too much, I regret nothing.

So, itu sahaja untuk entry-entry sepanjang 2013. Thanks for you guys, you really give me support and love. Lovekah? Adakah itu cinta? Berjumpa lagi pada tahun depan, 2014. Di mana tahun depan, itu serius sangat dekat dah. Or, mungkin siapa yang tengah baca sekarang ini pun dah 2014.




Doalah semoga tahun 2014 lebih banyak bawa kebaikan dan ubah diri kita jadi lebih baik. 


31 December 2013
11.59 p.m. 
Classic much?
In memories of 2013.





"Phew, serius kalut buat entry." - xyz (2013) |

Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...