Tuesday, May 31, 2011

Tak Mau Mandi..

Assalamualaikum & hola semuanya..

Miss Xyz tak mau mandi?? What? Mesti busyuk mengalahkan kambing... Ntah-ntah kambing pun lebih wangi! <-- Eh, tolong sikit! takkan nye!


Yeay! Gembira rasanya ada orang kata aku lebih wangi.. Tengok senyum pun takleh berhenti.. Tak Caya? Cuba korang tunggu 30 minit ke, 1 jam ke, sampai malam ke, sampai esok atau minggu depan & even selamanya kambing ni tersenyum sejak korang puji dia melambung-lambung...


Okay, stop it! Pernyataan kat atas tu memang tak boleh belah.. Hahahaha.. Miss sebenarnya tak mau mandi kolam.. Tadi mak miss ajak.. Tapi miss tak nak.. Aik? selalunya kalau dengar kolam je mesti kata NAK!!! Miss saja.. Sebab malas nak bersiap.. Kalau nak pergi mandi kolam.. Macam-macam kena siapkan... Dengan tualanya (padahal kat sana ada disediakan), baju lagi, plastik lagi.. & macam-macam lagi tapi malas nak tulis..

.MISS AKAN PERGI KOLAM KALAU ADA MOOD NAK MANDI KOLAM. *wink2

Tapi korang semua janganlah risau belaka.. Miss TETAP AKAN MANDI ok.. cuma bukan kat swimming pool.. Kat tandas rumah jek..


Kat sinilah kitaorang selalu mandi kolam.. Tapi untuk ahli yang berdaftar je.. Ni gambar kat Kelab Tasik Putrajaya.. Tapi aku tak tau gambar ni di ambil dari angle yang mana.. :P

P/s : Alhamdullilah.. follower semakin ramai,.. Walaupun tak banyak mana.. Miss hargai sangat all my dear follower..



Monday, May 30, 2011

Penulis yang disayang tuhan?

Assalamualaikum & hello semuanya..

Dah makan? Kalau belum pergi makan, kang perut BERLUBANG... hahahaha.. terpulanglah nak percaya ke tak... hehehehe.. gurau je.. 

Semalam miss tak post ape-ape.. Biasela merajuk.. Cehh, takdela.. miss sibuk sangat baca novel yang TERSANGATLAH BEST TU..

Best+Lawak+Ilmu+Sedih = KABABOMM!! (bergabung meletup tu!) Jom, kite review jap.. Cuci Taik Mata pagi-pagi ni..

Ini haa.. buku yang miss baca tu..

Tekan gambar di atas untuk beli secara online (promote laa plak.. :P)

Tajuk : Penulis yang disayang tuhan
Penulis : Bahruddin Bekri 


Sinopsis Belakang Buku

Ada seorang penulis yang putus asa, seorang pelajar 10 tahun yang taat kepada bapa, seorang gadis yang berada di hujung usia, tiga pendatang tanpa izin yang hidupnya disalut kecewa dan lima bekas penulis yang penuh rahsia.

Siapa penulis yang disayang Tuhan? Namun kisah ini lebih daripada sekadar itu....

(bunyi cam misteri je kan.. Nak tau? Beli sendiri M.A.L.A.S nak citer)

Okay, sejak bila miss start suka baca novel Bahruddin Bekri? Semuanya kerana pengaruh rakan sebaya,  iaitu Rai.. Dia minat sangat buku-buku hasil karya Baharuddin Bekri ni.. Miss pun try la pinjam.. Best lah gak.. Hampir semua buku dia pasal komedi kehidupan... Setakat ni.. miss dah baca :-

  1. Penulis Yang Disayang Tuhan
  2. Lelaki Berkasut Merah (bukan pink ok..)
  3. Kita Hanya Diseberang Jalan *FAVOURITE
  4. Diari Mat Despatch
P/s : Tu je.. Cepat beli buku ni takut habis... kang menyesal tak tentu pasal -.-".. Sorry panjang sikit entry.. nak ganti hari semalam.. Sengal :p

Lots of Story,

:: Miss Xyz ::





Saturday, May 28, 2011

Cakap je la Cute

Assalamualaikum & hello semuanya...


Cute tak header baru? Thumbs Up!~

Sebenarnya miss tempah header tu.. yela.. miss ni bukan terer sangat bab-bab camni.. Miss tak berseni sangat.. Miss tempah daripada Cik Mel Amalina dengan harga RM5 je.. berbaloi gak RM5 tu! Cantik plus cute plak tu! Fuyoo.. (teruja sangat aku ni) So, korang, apa tunggu lagi.. Pergilah order sekarang!!! Camne nak order? Korang leh check kat blog dia.. Dia ada beritau camne nak order..



THANKS SO MUCH CIK MEL AMALINA!!! I LOVE THIS NEW CUTE HEADER!!!


P/s : Dahla itu saja.. Ini adik miss ni meronta-ronta, melalak-lalak nak guna komputer ni.. Sibuk je.. Okla.. miss nak sambung baca novel pastu tidur.. Selamat malam.. Assalmualaikum.. Sweet Dreams.. (bukan jenama tilam tu k..)



Study Day? =.="

Assalamualaikum & hey guys !


Study day? Errmmm, harapanlah study day.. It's Saturday sudah... hahahaha..

Apa  yang  specialnya  hari ni? >.<?  Tak  tau?  Ce teka, Ce teka..  Of  coursela  korang  tak  tau  sebab  miss  tak  citer  agi.. Hari  ni  Birthday  abang  miss  yang  ke-2 !  Happy  Birthday  big  brother! anons: So?  So, miss dapat makan  kek! OH YEAH!  <3  to eat cake so muchh !   Lapan  hari  lepas  pun  miss makan  kek  gak,  sempena  Birthday  adik bongsu miss.. Happy  Belated  Birthday !... [ Kalau  tak  wat  gini kempunan  dia  nanti.. muahahahaha! (evil  laugh).. ]


" HAPPY BIRTHDAY TO MY BROTHER & MY LIL SISTER!!! "

SEMOGA MURAH REZEKI & CERIA HAPPY SELALU ^_^!!
Miss dah selalu dah buh gambar, borink la kan.. Tukar taste jap.. buh video Chipmunks yang CUTE nyanyi lagu Happy Birthday.. Awww, so, cute.. Don't you think? Ngaku je la cute. XD


P/s : Burrppp~ kenyang makan pizza homemade tadi.. sodapp bebenor.. nak ke? Kalau nak gi order kat Pizza Hut ke, Domino ke,., hehehehe.. I'm Sorry ^.^! Ok la korang... miss nak sambung belajar.. Oppss.. miss nak sambung baca novel.. (waiting patiently untuk makan kek birthday abang senanye~)



Peringatan : Jangan tiup atau buh lilin kat kek birthday sebab ia bukan sahaja menjejaskan kek anda malah ia seperti mengikut budaya agama lain.. (kita kan beragama Islam) Wallaualam...So, beringatlah ye.. See you soon.. 












Friday, May 27, 2011

Saya nak Jadi Bloglist Terbaru Cik Purple!

Assalamualaikum & hey semuanya..

Okay, ni FIRST time miss masuk pertandingan.. Pertandingan ke? Miss tak pasti... Ermm, jom kita cuci mata jap..



Tekan gambar kat atas ni, atau bahasa om putihnya picture above untuk ke blog Cik Purple..


Syarat-syarat meminang anak dia  :

  • Follow blog cik purple  >>>  Mestilah dah.. beres punyaa!
  • Buat entri "Saya nak Jadi Bloglist Terbaru Cik Purple" >>> Terlebih sudah..
  • Copy banner dan letak dalam entri >>> tu banner kat atas, sape yang tak nampak tu tak lama la tu.. hahaha.. gurau jek..
  • Kalau nak tahu lebih lanjut.. pergi ke blog CIK PURPLE
  • Orang bertuah yang miss tag :-


and all my readers.. 

  • Letak URL blog di bahagian komen.. >>> Done with it!

Okay, ni tambahan yang miss tambah sesuka hati je.. Kenapa miss nak join apa yang Cik Purple buat ni.. sebab..

1. Nak bagi sambutan untuk entri yang baru Cik Purple

2. sebab, Cik Purple sanggup ajak miss masuk entri dia.. Dah orang ajak.. join jela.. bukannya keburukan pun

3. Pengalaman

4. Suka-suki nak happy

5. Meluangkan waktu jap..


P/s : Mata dah mengantuk dah ni.. tido dulu yep.. Sweet Dreams..~


Yang Benar,

ratumissxyz





Hoi! Cepatlah Update..

Assalamualaikum & hey guys..

Sorry, bahasa kasar sikit... Mane tidaknya, punyalah *boh-rink (*ayat manalah aku belajar ni) aku menunggu.. Takde post update baru pun.. Banyak kali tekann refresh untuk check blog update yang baru.. Tapi tak de ponn..  Padahal dah follow banyak blog dah.. Mungkin time ni orang tengah busy as a bee kot.. Well, ape-ape je laa.. 
Miss tak korek hidung time ni ok..

Miss nak cantikkan blog tak de mood.. Cantikkan blog pun kene ada mood? Yes, of course.. Nanti jadi burokss.. Lagipun tak jumpa pun bende yang menarik untuk dicantikkan kat blog miss ni.. Miss nak ber-blogwalking pun dah malas sebab banyak sangat blog yang direview sampai nak sakit mata dah ni.. 

Okay, miss dah nekad! Miss nak makanlah.. Makan ape? Makan nasi lemak kot.. okaylah.. TATA!

P/s : Dah baca jangan lupa komen.. Nanti MISS AKAN BALAS punya.. Jangan lupa chat sekali.. 


Puas?


Assalamualaikum  & hello  you guys..

Perasan tak?


Background blog ni dah berubahlah! Oh yeah! XD 



Comel kan background baru.. hahahaha.. bajet je lebih..


Sebab nape ubah??? Sebab  ada  seorang  HAMBA  ALLAH  (act, classmate sendiri) suruh  miss  tukar background  blog ni memandangkan gambar background miss yang sebelum ni ialah tema blog dia, so, daripada dicop PENIRU, so miss tukar je la.. NO BIG DEAL kan?


Rasanya background baru ni lebih cantik.. Poyo jap!  Hehehehe, gurau je.. kalau rasa background baru LAGI  HAMPEH beritau kat shoutbox & komen k? Jangan malu-malu, jangan segan-segan.. 


Okay. hari ni ada Hari Guru.. Sekolah miss baru nak sambut.. Tapi miss takde sebab pergi ke Forum Kecemerlangan dekat-dekat dengan Masjid Besi.. Sorry, post sebelum ni kata kat dalam, rupa-rupanya berdekatan dengan masjid bukan kat dalam! hehehehe, I'm Sorry.. (bak kata Amir Raja Lawak.. Lawak ka? Entahlah..)

Ada jugak kawan sekelas miss yang tak pergi forum.. So, diorang stay kat sekolah.. Ada kawan miss ni cakap,.. "Eh, rugi ko tak de.. Persembahan semua best-best!" Memang miss tahu kalau persembahan time hari guru jek mesti besh-besh! Tapi miss rasa lagi rugi orang yang tak pergi forum tu untuk dapat ILMU.. Best apa forum tu Lawak+Banyak memberi pengajaran+Banyak ilmu yang miss dapat! Hehehe.. 

Percaya tak?
Salah seorang daripada penceramah ahli panel forum tu ialah ADIK kepada Arwah Ustaz Asri.. Suara dia pun sikit-sikit macam ustaz Asrilah! (memanglah dah nama pun adik beradik).. 



Mari kita menyedekahkan al-fatihah kepada arwah..

Okaylah.. miss nak ucapkan SELAMAT BERCUTI!!! Rajin-rajinkanlah diri korang pergi ke www.kisahmissxyz.blogspot.com  Jangan nak tidur je yep.. "



Lots Of Story,

thecuttestmissxyzever
(sorry baldi untuk 
korang muntah 
tidak disediakan. 
Harap maklum)



Thursday, May 26, 2011

Smell That?

Assalamualaikum & Hello semua...

>>> Hah? Smell that? Bau ape? Miss kentut ke? hahahahaha... Miss mengaku memang miss pun kentut macam orang lain gakk.. Even, kalau orang tu cantik ke, hensem ke... Tapi kentut berbau harum  semerbak Downie gak..

Tapi entry hari ni sebenarnya.. Tak de kena mengena langsung dengan kentut.. -.-" Ok... Meh miss terangkan.. 



"Smell That???"


"Smell lagi! Apa benda ko ni? Ko kentut ke hape?"



"No, actually... "

......

......

......

IT'S SMELL OF FREEDOM!!! 


Wohooo! Yeahh!

Miss happy gilaakk! Excited+Happy+*Ceria (*jangan lupa) 

Ehh, lupa pulak.. korang mesti pelik.. Miss ni happy & excited ni nape lak? >.<?  Hahahaha.. Miss dah habis periksa pertengahan tahunlah.. 

NO MORE EXAM MOOD FOR THIS MOMENT!!! 

Miss dah simpan semua senjata & peluru yang berbaki untuk peperangan (periksa) yang akan datang! Keputusan peperangan tak diumumkan lagi.. Gementar! Well, lekk lu relaks & chillah kan...

Esok hari Jumaat, Penghulu Segala Hari.. Ada sambutan hari guru kat sekolah miss.. (baru nak buat sambutan hari guru, agak ketinggalan zaman) Hehehehe.. Tapi miss tak de sebab pergi Forum Kecemerlangan kat Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin a.k.a Masjid Besi, Putrajaya..

Mungkin miss akan menghupdate blog miss ni selalu... (Maybeline New York) Memandangkan cuti sekolah.. Dahlah abis periksa.. Cuti sekolah lak tu.. Ni yang syok ni.. Boleh baca buku novel.. Novel ape? Nanti miss citer ok..


P/s: Sorila entry kalah karangan.. Orang tengah syok memang camni.. Syok ape?  Syok sendirilah ape lagi!! hahahahaha XD..


Thank you follower baru sebab miss berminat tulis blog sebab kehadiran MY LOYAL FOLLOWER.. Percaya atau tidakk? Bolos saja di depan ituu! hahahaha.. dah mula dah.. MEREPEK XD <3






Sunday, May 15, 2011

Exam Mood

ASSALAMUALAIKUM & HELLO SEMUA!!!

Minggu ni, miss ada Peperiksaan Pertengahan Tahun, so, takleh buat entry panjang-panjang sangat.. 
(nak belajarlah konon...) 

18 - 26 Mei ni, tempoh peperangan peperiksaan berlaku...
Jadi, harap semua maklum yang miss kena kumpul peluru dan senjata yang secukupnya untuk berperang!

Sesiapa yang tengah dalam dilema peperangan ni, miss ucapkan..



Good Luck ok? and Wish Me All The Best.. InsyaAllah..

Esok, ada Hari Guru.. so, miss nak ucapkan


"SELAMAT HARI GURU"

KEPADA SEMUA GURU

JASAMU AKAN KU KENANG.. CEHH WAHH... Sorry, hadiah tak delah.. Sebagai ganti...



TERIMALAH TEDDY BEAR NI SEBAGAI PENGGANTI!

okaylah,.. tu saja untuk hari ni.. Nak sambung belajar.. Oppps, nak start belajar.. hehehehe..!


P/s : Thank you kepada follower baru.. sebab sanggup follow blog miss yang tak seberapa ni.. Sayang korang.. Sebagai kawan.. ^__^" Have A Nice Day.. Belajar tau! (Peringatan untuk diri sendiri! ")





Wednesday, May 11, 2011

First Post In this Blog

 Assalamualaikum & hello semua.. 
Perkara pertama miss nak cakap :-



WELCOME TO MY BLOG!!!

Okay, ni post pertama miss dalam blog ni.. Sebelum ni miss pernah ada blog.. Tapi blog miss tu server down  rosak... So, terpaksalah miss buat blog yang baru.. Ish3.. kesian.. sadis betul kan? Cakap betul sekarang!  Hehehehe!

Untuk post kali ni, miss nak mintak maaflah ye, sebab blog miss ni taklah cantik sangat.. Yelah.. terpaksa buat blog baru... terpaksa jugaklah miss kerahkan tenaga dan masa untuk blog yang baru ni... Blog yang lama dah cun dah.. tapi dah rosak nak wat camne kan??? Iskkk, isskkk.. Dahlah, usah dikenang bende yang lama miss oii! 


Lastly...



SEBAB SUDI BACA POST NI! 

P/s : Buat apa lagi.. follow lah blog baru ni.. hehehehe!