Friday, December 30, 2011

Nak sekolah dah ke? Tak boleh extend cuti ke?

Assalamualaikum, salam diberi. Jawab ler..

nampak seram jer nombor ni. Tak nak gi sekolah lah. ngade~

Bila ingat balik, tahun depan dah masuk 2012. Haiyaa, tahun depan bunyi macam lama gila. Padahal tak sedar yang tahun depan itu cuma lusa. Lusa dah 1 Januari yer kengkawan. Dah ada azam baru?


Rasa macam baru semalam aku baru darjah satu kena rotan dengan cikgu.
Cikgu itu salah faham ingatkan aku yang pakai kerusi cikgu. Nasib baik tak sakit sangat. Walaupun time darjah satu itu aku kena rotan, tapi aku tak nangis. True story. Cuma mata berair pastu air mata itu hilang balik.

Budak terlebih ceria kut?




"Cuti panjang dah habis bro."

Selasa minggu depan, sekolah akan buka balik.
Macam biasa mesti aku jumpa budak-budak baru yang masuk sekolah dengan budak-budak yang memang dah wujud kat sekolah itu. Yang pasti, mesti ada budak yang pindah. Ini dinamakan eko-sistem sekolah ya kawan-kawan. hakhak, banyaklah aku punya eko-sistem.



Baju dah ganti baru, kasut dah ganti baru, kain dah ganti baru, tudung dah ganti baru (siap extend lagi tudung aku - labuh) cumanya semangat nak pergi sekolah masih tak ganti-ganti lagi. Kat kedai ada tak jual semangat pergi sekolah???




Ouh ya, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat mak ayah aku sebab tolong belikan aku itu ini. Haih, macam ni lah kehidupan pelajar sekolah. Sentiasa diselubungi rasa bersalah dan bersyukur sebab mak ayah belikan banyak benda untuk aku bersekolah.



So, sesiapa yang masih bersekolah di luar sana.. Belajar betul-betul. Tak guna kalau macam-macam mak ayah dah beli tapi korang tak belajar.
Asal aku rasa cam perli diri sendiri jer, hakhak. Tapi dapat tak point di situ? hikhik..


Cintailah buku kita <3





Good bye dashboardhello white board
Goodbye facebook, hello textbooks
Goodbye twitter, hello teachers
Goodbye summer, hello school. :(

Selamat kembali ke sekolah ;)


p/s : Berapa hari dah aku tak buka blog. Bila aku blogwalking sana sini, aku terjumpa entri ni. Terima kasih buat tuan blog.. Terharu den. Rupa-rupanya sebab aku berjaya jawab teka-teki kat sini. Alhamdullilah ;)

Nota kecik :
Tahun depan aku PMR. Masa online guling sana guling sini terpaksa di minimize kan. Kasi simpati sikit :P









Camnilah gayanya orang dah lama tak update entry. Idea memancut-mancut keluar. Itu yang jadi entri cecah lantai itu. Ada ke orang baca? XD Nasiblah.. 

Tuesday, December 27, 2011

Aku nak exchange bloglist & nak blog kena review oleh Kiz!

Assalamualaikum
Wah wah, perut tengah happy, sebab baru makan ayam bakar kaw-kaw punya.. Pagi tadi makan cekodok pisang buatan nenek aku yang datang ke rumah semalam. Sedap betul. Lagi lagi bila teringat malam semalam baru je mencekik ikan bakar, udang bakar dan bercawan-cawan air tembikai.
Fine, semua aku nak cerita -.-"


Haiyaa, perut janganlah kau memboroi yek.. Dengar cakap tuan punya badan. Faham?!

okay, okay. Agak out of topic disitu. Abaikan iya, semua.

Hari ini aku nak join segmen 2 in 1.
Acane tu? Aku join 2 segmen yang di buat oleh 1 blog dalam 1 entry. Jom tengok!


Syarat-syarat penyertaan semua, ada kat blog ini.



Ada lagi satu.. Jap eh, jap.



Syarat-syarat penyertaan semua, ada kat blog ini.

Kalau nak join kedua-dua segmen ni, klik sini.


Korang apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah join segmen ini! Dah menjadi kebiasaan aku, kalau tak ada nak idea sangat, aku join aje segmen. Syarat-syarat dia tak ada lah susah sangat..

Lagipun, tuan punya segmen selalulah jugak datang blog aku, apasalahnya aku tolong kan? hihi


p/s : Malasnya nak pergi sekolah. Nak tukar badan dengan orang yang dah habis SPM boleh? *kelip-kelip mata*

Sunday, December 25, 2011

Saya dah balik dari Morib

Assalamualaikum,
Semalam aku selamat sampai ke rumah dari Morib. Oh, pasal apa aku ke Morib? Rasanya kat entri ini dah cerita..

Bertolak (ke Morib) : 6 petang lebih
Sampai ke rumah     : 1 petang lebih
(maklumat atas ini penting, pasal aku nanti kena buat karangan -.-")


Okay, hari ini aku nak sumbat je gambar-gambar yang ada kat kamera adik aku time dekat Hotel Gold Coast Morib. Oh ya, nama hotel bagi penuh-penuh supaya memudahkan anda semua mengoogle bukan memudahkan aku untuk riak iya.. hakhak




stok makanan yang tak habis semuanya. Yelah, perut semua kecik & comel aje.



luar tandas ada tingkap. Ya, tingkap itu pulak dalam bilik hotel.
Menunjukkan hotel semakin kreatif dan pelik?



ada Jakuzi. (ejaan sebenar tidakku ketahui, muehehehe)


Pemandangan taman rimba air kanak-kanak & orang yang perasan kanak-kanak.
Belakang itu pulak, pantai Morib. Time itu air belum pasang, itu ada pasir je.


Adik  aku kata kat situ banyak ketam. Asal adik aku tau apa yang aku tak tau ni? Aisehh.. hakhak


Beruntung sebab bilik hotel menghadap kolam & laut. Kau ado? kehkeh, gurau.


Ini dia, makanan utama kalau aku stay kat hotel. Nak? Nak buat sendiri iya.


Apa yang kurangnya ?
Bilik hotel dia tak ada peti ais. Dan cuma ada dua bantal.
(sesiapa nak pergi itu, bawaklah sebiji peti ais & beberapa bantal yang anda perlukan)

Hotel dia memang best sebab boleh mandi kolam.
Bayaran masuk mandi kolam :- Dewasa : RM25 camtulah , Kanak-kanak : RM15

Kalau macam aku ini, mak aku beli tiket kanak-kanak. Badan saya kecik & comel. Muka pun macam budak kecik. Walaupun bunyinya macam satu penghinaan, tapi okey apa. Harga lebih murah yaw.

So, kalau nak tiket murah,  pandai-pandailah kecik kan badan & berlakon jadi kanak-kanak. Mudah je kan?


oh, kalau korang nak makan kat Morib ini.. Ada satu tempat. Jeng jeng jeng~

Medan selera Pantai Morib

Ada sate, ikan bakar, tauhu bakar (sedap), sotong bakar (pun sedap) & macam-macam lagilah.



p/s : Alhamdullilah. Balik-balik tengok followers dah 700 lebih. Terima kasih wahai followersku sekalian. Tanpa anda, siapalah diriku ini. Cehh, bermadah pulak dia.

Oleh sebab aku konfius mana satu yang bertuah nombor 700, aku bubuh dua-dua link boleh? >.<



Sorrylah semua, tak ada hadiah yang aku bawa dari Morib. Untuk sesiapa yang tolong jaga blog ni, nanti aku poskan seposen. ahaha XD

Wednesday, December 21, 2011

3 hari 2 malam?

Assalamualaikum

Hotel Gold Coast Morib


Esok aku akan pergi bercuti ke Morib, Selangor. Bercuti ke? Erm, lebih kepada teman adik duduk kat hotel sementara mak tengah kursus kerja kat sana.

Tengok kat gambar macam best aje kan? Aku rasa shy lah pula nak mandi walaupun hari itu mak aku dah belikan satu swimsuit untuk muslimah punya. Tapi boleh lah, teringin lah juga nak mandi. Tak nak lah sia-siakan baju yang mak aku beli itu kan? hihi.




Aku harap tak ada orang jeling-jeling ke, buat muka pelik ke, tayang muka menyampah kat aku ke kan. Yelah, kolam serupa kolam kanak-kanak aje nampaknya.

3 hari 2 malam itu kalau tak ada laptop, tak ada internet... Aku tak online lah jawabnya. Percaya atau tidak, mungkin aku akan buat homework aku kat hotel. Siapa suruh tak buat homework awal-awal kan? Padan muka aku, hukhuk (-.-")


p/s : Kalau aku tak online, kasi jaga 24 jam ini blog iya. Nanti aku bagi seposen. Cukuplah tu kan? hehe ^^

Doakan perjalanan pergi, semasa & pulang aku dan family aku selamat dan ceria iya ;)
InsyaAllah ^^

Tuesday, December 20, 2011

Segmen : 5 Blog Lelaki Pilihan Saya


Assalamualaikum,

Hari ini aku update entry masuk segmen boleh? Mestilah boleh.. blog aku kan.. hew hew.

Klik banner kak Lyssa di atas kalau nak join. Cepat join sebelum pukul 6.00 petang!


5 Blog Lelaki Pilihan Saya.


Drum roll please~~~ (nak jugak drum roll bagai -.-")


1. Blog aku bukan blog bapak kau
Blog ni entry dia berbentuk lukisan-lukisan yang lawak & menarik. Senang nak paham setiap entry dia. Masuk blog dia jer, mesti ada aksi pecah perut.

2. Semut Sengal
Blog ni entry dia banyak sengal-sengal gitu. Takpe, aku baca aje.

3. Remaja Power
Entry dia lawak & serba kreatif. Lagi-lagi entry cerita fairy tale ditukarkan menjadi versi lawak. Aku tak nafikan, memang lawak.

4. Woofer Storm (aku tak tahu asal link dia pergi tempat lain -.-")
Blog dia berbentuk puisi. Bagus gak, ada jugak nanti idea untuk aku buat puisi kat sekolah ke kan.. Pemilik blog ni selalu jugalah komen entri-entri aku. Contohilah dia, haha (^^,)

5. Wan Hazel
Blog ini banyak tips & tutorial. Senanglah kalau aku nak rujuk apa-apa terutamanya tentang churp-churp, nuffnang, kamera dan.. dan.. dan lain-lain.


Alkisahnya, aku memang tak banyak jumpa blog lelaki. Ini antara blog lelaki yang selalu aku blogwalking & baca entri diorang. Sesiapa yang tak tersenarai itu jangan nangis 7 hari 7 malam pulak yaa..

Aku tak banyak jumpa blog laki ke blog laki memang tak banyak ?


p/s : Jangan fikir aku gatal pulak letak link blog laki jer. Bersangka buruk ni tak baik untuk kesihatan ye, kawan-kawan sekalian.. Muahaha!

Sunday, December 18, 2011

Love Giveaway by Huda Raihana

Assalamualaikum,
Terima kasih Zaty sebab tag ai ;) 
Click gambar <3 diatas untuk ke blog Huda.

Syarat-syaratnya :-

... sila baca di blog Huda [amekaw link] nampak bebenor pemalas aku ni, kehkeh XD

Huda Raihana, saya dah ikut semua syarat-syarat penyertaan. Silalah percaya, hehe.





p/s : Alhamdullilah, followers blog ni dah pun mencecah 600. Terima kasih banyak-banyak kat sesiapa yang follow aku tu. Jasamu kan tetap kukenang yaw (^^,)

Aku nak mintak maap jugak kalau ada buat salah & silap. Terkasar bahasa ke apa-apa ke. Maaf jugak bagi penggunaan nama aku dalam blog ni. Tak bermaksud nak berkasar atau kurang asem. 

(eh, macam dah raya pulak -.-")


Ada segmen menarik lagi satu. Nak join [amekaw link]. Senang sangat, cuma perlu komen sahaja~

Minat nak join GA ni? Join aje.

Saturday, December 17, 2011

You tag I, I tag you (anda semua di-tag!)

Assalamualaikum

Tagging-game. Game ni sebenarnya dah agak lama, tapi tak apa. Kita hidupkan balik. 

Le' Rules
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post.
4. Create 11 new questions for the people you tagged to answer.
5. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
6. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
7. No tag back!
8. No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU'LL ARE READING THIS YOU LEGITIMATELY (a.k.a TRUST, REALLY, WILL BE HONESTLY) HAVE TAG 11 PEOPLE'

(rules dia lagi strict dari rules sekolah aku, rasa nak bakar aje. haha, sukati aku jer XD)


Le' 11 unnessary things about me
1. Part-time sarcasm
2. Suka mengarut
3. Pengumpul keychain agak berjaya
4. Benci mencarut
5. Selamba
6. Sedikit pemalu
7. Mata rabun (pemakai spek yang berjaya)
8. Suka berkawan
9. Sangat suka tengok benda comel
10. Mengarut
11. Alah, cerialah. Apa lagi?



Soalan daripada classmate aku yang ohsem :-


1. Filem bergenre apakah yang anda sukai?
Genre lawak



2. Anda suka lagu yang jiwang atau lagu yang membakar semangat atau lagi yang berkonsepkan ketuhanan?
Ikut mood



3. Jika diberi peluang untuk mengikuti kem yang diadakan di hutan,adakah anda akan mengikutinya?
Ya, kalau mak dengan ayah aku kasi.



4. Kalau anda diberi peluang untuk berjumpa dengan PM Malaysia (Prime Minister), apa yang akan anda lakukan?
Aku akan senyum tak perlu kata apa-apa =)





5. Kalau ada orang memperlekehkan kemampuan anda,Apakah yang akan anda lakukan untuk menguatkan semangat anda balik?
Aku tak ambil kisah. Dont let words take us down.



6. Siapakah Contoh/Role Model dalam hidup anda?
Siapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad S.A.W. Tapi sayangnya jarang sekali aku laksanakan sunnah baginda. InsyaAllah, aku cuba.



7. Apakah salah satu watak dari  filem/drama/anime/manga/komik yang anda minati.
Uzumaki Naruto.



8. Sebagai seorang anak,apa yang akan anda hadiahkan kepada ibu anda pada Hari Ibu.
Aku hadiahkan ucapan. Walaupun aku sedar benda itu tak mampu nak ganti jasa mak aku. Yelah, nak beli lembugini aku pulak tak mampu.





9. Kalau ada orang sedang mengejek anda ,apakah yang akan anda lakukan?
kadang-kadang ejek balik takpun sabar.







10. Apa benda yang anda tidak boleh tinggalkan di rumah kalau anda keluar?
Badan.







(kaitou kid vs. sinichi)
11. Drama/Anime apa yang paling awak suka?
Detective Conan (buat masa sekarang).



Okay, berpeluh ketiak aku jawab soalan-soalan atas ini. *aku gurau*



Sekarang nak tanya soalan kat awak, awak, awak pulak.

Le' questions for you

1. Andaikan awak seorang penjenayah yang nak larikan diri, negara mana yang akan anda lari?
2. Jika awak seorang saintis, apakah alat yang akan awak reka?
3. Nyatakan impian awak yang awak yakin tak boleh capai.
4. Buat 3 wish.
5. Makanan yang paling sedap yang awak boleh masak.
6. 3 sikap yang awak benci dalam diri sendiri.
7. Pilih satu. Henpon, laptop atau kamera?
8. Jenama kasut kegemaran anda.
9.  Browsers internet yang anda guna. (Google Chrome ke, Firefox ke, Internet Explorer ke.)
10. Anda terjumpa 10 sen, apa yang akan anda lakukan?
11. Pendapat anda tentang blog ini?


Random tag (from shoutbox) :

@ Nadya
@ Meeyra
@ Hanis Nizam
@ Cik Ainin
@ El Yana
Ak Maju
@ hanisyasmin
@ Nurul Assilah
@ Miss Felix Farah
@ Hnie
@ Miera
@ Aku tag semua yang tengah baca sekarang. 


Sebenarnya sesiapa yang teringin & berminat nak join pun takpe. Aku tak kisah ;)



Cara-caranya :
1. Letakkan rules di entri.
2. Tulis 11 benda tentang diri korang.
3. Jawab soalan daripada aku.
4. Buat 11 soalan yang lain.
5. Tag 11 orang. (tak boleh tag balik)

Ek eleh senang jer kan? Bagus lah untuk sesiapa yang boring itu kan..


Friday, December 16, 2011

Lebih baik apa?


Assalamualaikum antum-antum semua,
Hari Jumaat ni, bagus jugak kalau kita sama-sama memperingatkan apa yang terlupa, apa yang tertinggal. Okay, ustazah nak start speaking nih..


Lebih baik tinggalkan 'sesuatu' demi Allah
daripada
Tinggalkan Allah demi 'sesuatu'.


Credit : Status Facebrook kak Sabella ;)

Apa maksud aku?
contoh paling senang :
Sanggup meninggalkan kerja (buat sementara) untuk menunaikan solat.


p/s : Bila baca balik baru teringat. Kenapa aku tak tinggalkan blog (buat sementara) untuk menyiapkan homework? Jangan tak tahu, sekolah aku cuti sekolah pun still supply homework, sabor ajelah.


Yelah, tahun depan PMR. Aku redha.











List link untuk disekodeng, sebab aku tahu korang bosan :
# Woofer storm
# Chibbyabby

Saturday, December 10, 2011

Peminat game yang DAHSYAT!

aih, tak lepas level lagi ke dik?


Assalamualaikum

Fuhh, lamanya aku tak update post! Rindu plak rasanya. Thanks eh kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu post baru. Maklumlah, cuti sekolah. Cuti sekolah duk kat rumah aje, jadi idea pun tak muncul-muncul.


Siapa yang minat gila main game, aku syorkan korang beli mesin sebijik macam video kat bawah ini :-


haha, MAMPU ke MAMPUS?


okaylah, aku update benda-benda merepek jer -.-"

Buat masa ini aku banyak layan video Detective Conan. Pelik jugak budak sekolah menengah tengok anime yang kebanyakannya budak sekolah rendah tengok. Well, kalau nak tahu kenapa.. Tengok video detective conan ini :-


(one of my favourite)

Aku rasa Detective Conan ini bagus untuk polis-polis yang nak menyiasat penjenayah sebab rasanya lebih 400+ cara trick-trick penjenayah. Penjenayah, better whatcha-out!



Lama jugak aku dah tak layan video Naruto, hehe. Jangan sedih-sedih haa Naruto.

p/s : Oh ya, thanks to kak Mel sudi menyiapkan tempahan header yang baru. Seriously, aku tak reti buat header secantik itu! ;) dan juga banner & top button. 
Terima kasih jugak untuk penganjur contest blog vintage & special ;)

Thats all! Thanks for reading..