Amacam sihat? Aku, alhamdullilah sihat. Bersyukur sebab Allah masih berikan aku nikmat kesihatan kepada aku.
Nikmat kesihatan ni kita kena hargai, takkan kita nak baru nak hargai selepas kita sakit.
Ingat 5 perkara, sebelum lima perkara :-
# MUDA sebelum TUA
# KAYA sebelum MISKIN
# LAPANG sebelum SIBUK
# HIDUP sebelum MATI
# SIHAT sebelum SAKIT
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)
Renung-renungkanlah dan selamat beramal. Sesama lah kita share ilmu & beri peringatan okey?
p/s : Harap-harap aku insaf & tak buang masa dengan perkara sia-sia.
No comments:
Post a Comment
Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)
"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.
(3 komen terawal akan di-reply)